Synaptics Umum Sensor Skrin Paparan Dengan Pengimbas Cap Jari Terbina

Berita mengenai skrin dengan pengimbas cap jari terbina sudah acap kali kita dengar dan kali ini, ia sudah menjadi kenyataan.

Synaptics akhirnya mengumumkan pembangunan sensor skrin dengan pengimbas cap jari terbina yang pertama di dunia, dinamakan sebagai "Clear ID FS9500".

Sensor berkenaan dicipta khas untuk telefon pintar yang mempunyai rekaan skrin bingkai nipis dan melaluinya, imbasan cap jari boleh dibuat pada bahagian tertentu skrin.

Kapsyen: Klik gambar untuk demonstrasi


Syarikat itu turut menambah bahawa sensor skrin berkenaan sudah pun berada dalam proses pengeluaran besar-besaran dan ia bakal digunakan oleh 5 syarikat gergasi pengeluar telefon pintar.

Desas-desus mengatakan salah satu syarikat yang akan menggunapakai skrin tersebut adalah Samsung dan ia akan melibatkan peranti Galaxy S9 serta Galaxy S9+.

Nampaknya tahun 2018 bakal memperlihatkan beberapa teknologi yang ditunggu-tunggu pengguna telefon pintar. Adakah anda teruja dengan teknologi skrin paparan dengan pengimbas cap jari terbina ini?

Sumber: Phone Arena