Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Launch PR KV

vivo V70 Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM1,999

Diterbitkan Mac 5, 2026 oleh Amalina Athman

vivo Malaysia hari ini melancarkan telefon pintar terbarunya, vivo V70, untuk pasaran Malaysia.

vivo V70 dilengkapi skrin 6.59-inci 1.5K Ultra Clear OLED dengan sokongan kadar segar semula 120Hz. Selain itu, 3D Ultrasonic Fingerprint Scanning 2.0 turut disertakan untuk pembukaan kunci yang lebih pantas, walaupun dengan tangan basah.

vivo v70_2

Peranti ini dikuasakan cip Snapdragon 7 Gen 4 bersama konfigurasi memori sehingga 12GB LPDDR5X RAM dan storan 512GB berasaskan UFS 4.1.

Pada bahagian fotografi, vivo V70 menampilkan sistem pengimejan dengan kerjasama ZEISS. Kamera belakang dimuatkan 50MP utama OIS, 50MP Super Telefoto dan 8MP ultra lebar. Bahagian hadapan pula menempatkan kamera 50MP ZEISS Group Selfie. 

vivo v70_3

Buat pertama kalinya dalam siri V, vivo V70 membawakan sokongan  rakaman video 4K 60fps. Ia turut memperkenalkan sejumlah ciri AI, termasuk AI Stage Mode, AI Audio Noise Eraser, AI Magic Weather, AI Retouch dan Film Camera Mode 3.0.

Dengan kapasiti bateri 6,500mAh, peranti ini menyokong pengecasan pantas 90W. vivo V70 menjalankan sistem operasi OriginOS 6 yang turut memperkenalkan kapsul dinamik Origin Island.

Menurut vivo, vivo V70 menyokong naik taraf empat generasi sistem operasi dan enam tahun kemas kini keselamatan.

V70 All in one with Price KV

Lain-lain termasuk sokongan Bluetooth 5.4, NFC, kalis air dan habuk IP68 dan IP69, ketahanan jatuhan 10 sisi dari ketinggian sehingga 1.5 meter. Tiga pilihan warna ditawarkan termasuk Golden Hour, Alpine Gray dan Authentic Black.

Harga dan ketersediaan

Bermula hari ini, vivo V70 tersedia pada harga RM1,999 (8GB + 256GB), RM2,199 (12GB + 256GB) dan RM2,599 (12GB + 512GB). vivo Malaysia turut menawarkan beberapa promosi khas untuk pelanggan vivo V70.

Launch Pre Order KV

Bagi yang membuat prapesan di vivo Concept Store dari 24 Februari hingga 13 Mac 2026, pelanggan akan menerima hadiah percuma seperti wafer emas AU999, vivo Buds, jaminan lanjutan vivo Care selama 365 hari, perlindungan skrin 180 hari serta pelan Perlindungan Cecair vivo Care 365 hari pada harga PWP RM17. Pembeli juga berpeluang memenangi kotak hadiah edisi terhad V70 × PopMart.

vivo V70 Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM1,999

Untuk maklumat lanjut atau pembelian, layari laman rasmi vivo Malaysia atau Laman Beli dan masukkan nama produk di bahagian carian.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • vivo X300 Pro Atau vivo X300? Ini Perbezaannya
  • iQOO 15R Dengan Snapdragon 8 Gen 5 Dan Bateri 7600mAh Dijual Pada Harga Bermula RM2,499
  • HONOR 600 Lite Dilancarkan, Harga RM1,399

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
©2026 WISER.MY