Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Dijangka Perkenal Mac Mini Baharu Dan iPad Mini Seawal 1 November

iPhone Mendominasi Pasaran Telefon Pintar Global Sepanjang 2024 – Canalys

Diterbitkan Januari 23, 2025 oleh ariff bukhari

Laporan terkini Canalys mendedahkan, pasaran telefon pintar global meningkat sebanyak 3% kepada 330 juta unit pada suku keempat 2024, menandakan pertumbuhan lima suku berturut-turut walaupun kadar pertumbuhan yang perlahan.

Canalys mendapati, pada suku ke-4 tahun 2024 lepas, Apple mendahului dengan penguasaan 23% bahagian pasaran, diikuti Samsung (16%) yang mengalami penurunan dan Xiaomi di tempat ketiga dengan 13% bahagian pasaran di mana ia satu-satunya jenama dalam tiga teratas yang mencatatkan pertumbuhan tahunan.

TRANSSION dan vivo pula masing-masing di tempat keempat dan kelima, mendapat manfaat daripada pemulihan pasaran Asia-Pasifik.

Worldwide smartphone market share 2024

 

Canalys juga berkata, untuk sepanjang tahun 2024, penghantaran telefon pintar global adalah berjumlah 1.22 bilion unit, meningkat 7% tahun ke tahun dengan Apple mengekalkan penguasaan, mengatasi Samsung untuk tahun kedua berturut-turut.

Ia hasil daripada pertumbuhan iPhone di pasaran baru muncul seperti India dan Asia Tenggara.  Namun, momentum penjualan iPhone di pasaran lain didapati perlahan ekoran kitaran penggantian peranti yang panjang dan persaingan.

Canalys menekankan bahawa produk mampu milik jenama Android seperti Xiaomi, TRANSSION, dan vivo menjadi pemacu utama pertumbuhan global.

Untuk tahun 2025 ini, walau pun ia akan mencabar untuk meniru prestasi yang dicapai pada pasaran 2024, Canalys menjangkakan Apple akan mampu mencapai pertumbuhan, didorong oleh portfolio produk baharu, perkakasan yang dinaik taraf dan penggunaan Apple Intelligence yang lebih luas.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Imej Terbaru Dedahkan Kemungkinan Rekaan Sebenar iPhone SE 4
  • Siri Galaxy S25 Kini Rasmi - Snapdragon 8 Elite for Galaxy, Harga Bermula RM3,999

Sumber: Canalys

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY