Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Virgin Atlantic Perkenal Ciri Daftar Masuk Melalui WhatsApp

Virgin Atlantic Perkenal Ciri Daftar Masuk Melalui WhatsApp

Diterbitkan September 4, 2025 ยท Dikemas kini September 4, 2025 oleh ariff bukhari

Infobip bekerjasama dengan syarikat penerbangan Virgin Atlantic untuk meningkatkan kadar daftar masuk dalam talian bagi penumpang yang berlepas dari Lapangan Terbang Heathrow, London dengan memperkenalkan ciri daftar masuk melalui aplikasi WhatsApp.

Penumpang Virgin Atlantic yang akan berlepas dari lapangan terbang itu boleh mendaftar masuk melalui WhatsApp apabila menerima pautan untuk daftar masuk melalui aplikasi itu atau laman sesawang Virgin Atlantic sebelum mereka tiba di lapangan terbang.

Penumpang juga menerima maklumat tambahan seperti nombor terminal dan zon melalui WhatsApp selepas daftar masuk.

Jika penumpang tidak dapat dihubungi melalui WhatsApp, sistem akan beralih secara automatik kepada SMS.

Hasilnya, kadar daftar masuk dalam talian telah meningkat sebanyak 11%, sekali gus mengurangkan kesesakan dan masa menunggu di kaunter lapangan terbang.

Virgin Atlantic merancang untuk meluaskan penggunaan sistem ini ke lapangan terbang utama lain di UK seperti Edinburgh dan Manchester.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Microsoft Edge Di Android Kini Boleh Mainkan YouTube Di Latar Belakang Tanpa Premium
  • Instagram Untuk iPad Kini Dilancarkan Selepas Hampir 15 Tahun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY