Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram iPad

Instagram Untuk iPad Kini Dilancarkan Selepas Hampir 15 Tahun

Diterbitkan September 4, 2025 · Dikemas kini September 4, 2025 oleh Amalina Athman

Selepas bertahun-tahun dinantikan, Instagram akhirnya melancarkan aplikasi khusus untuk iPad.

Instagram untuk iPad memberi tumpuan utama kepada Reels, dimana sebaik sahaja aplikasi dibuka, pengguna akan terus dibawa ke halaman Reels.

Instagram iPad_3

Dari segi pengalaman penggunaan, ia hampir sama dengan versi iPhone. Stories masih dipaparkan di bahagian atas, manakala di sebelah kiri terdapat panel sisi yang menempatkan pelbagai pilihan seperti suapan (feed), mesej (DM), carian, Explore dan notifikasi.

Instagram iPad_2

Tab “Following” di iPad hadir dengan tiga pilihan utama. “All” memaparkan siaran(post) dan Reels yang disyorkan daripada akaun yang diikuti, manakala “Friends” memfokuskan kepada akaun yang saling mengikuti.

Instagram iPad_4

Sementara itu, “Latest” membolehkan pengguna melihat siaran dan Reels mengikut susunan kronologi, dengan yang terbaru dipaparkan terlebih dahulu.

Instagram untuk iPad kini dilancarkan secara global pada model iPad yang menyokong iPadOS 15.1 dan ke atas. Ia boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store.

Menurut Instagram, reka bentuk baharu untuk tablet juga akan diperkenalkan pada peranti Android tidak lama lagi.

Pelancaran ini akhirnya menjawab permintaan pengguna sejak sekian lama. Sama seperti WhatsApp yang baru-baru ini memperluaskan sokongan untuk iPad, Instagram juga mengambil masa hampir 15 tahun sebelum hadir dengan aplikasi khusus.

Instagram Untuk iPad Kini Dilancarkan Selepas Hampir 15 Tahun
Kredit: X/Beta Profiles

Dengan adanya aplikasi ini, pengguna tidak lagi perlu bergantung pada versi iPhone yang tidak dioptimumkan untuk skrin besar, atau membuka Instagram melalui pelayar web di iPad.

Berkaitan

  • Apple Akhirnya Umum Aplikasi Kalkulator Untuk iPad
  • Selepas 15 Tahun, Aplikasi WhatsApp Akhirnya Tersedia Di iPad
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Mirip TikTok, Instagram Kini Ada Ciri 'Repost'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY