Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Humanoid Robot: Unitree G1

(Video) Robot Unitree G1 Lepasi Pelbagai Halangan Dalam Sukan Robot Dunia

Diterbitkan Ogos 25, 2025 ยท Dikemas kini Ogos 25, 2025 oleh ariff bukhari

Mengkagumkan, keupayaan robot untuk mencapai apa yang mampu dilakukan manusia mungkin sudah tidak jauh.

Keyakinan itu hasil daripada apa yang diperlihatkan dalam Sukan Robot Humanoid Dunia Pertama yang telah berlangsung di China baru-baru ini.

Antara pencapaian mengkagumkan yang dicapai dalam sukan ini adalah keupayaan robot G1 dari Unitree yang memperlihatkan keupayaannya melepasi kategori sukan pelbagai halangan.

Kepantasan ia berlari, berjalan menaiki dan menuruni tangga dengan sempurna, malah melompat serta melepasi halangan tidak rata begitu mengkagumkan.

Malah dalam kategori tarian, robot lain yang turut menyertai sukan ini menunjukkan keupayaan gerak tari mengkagumkan yang dianggap mustahil dahulu.

Unitree G1 Humanoid
Robot Unitree G1 ini boleh dimiliki pada harga ~RM67,500 seunit.

Mungkin sukan ini dilihat lucu, ditertawa dan diperlekeh oleh sebahagian manusia, tetapi keupayaan yang diperlihatkan menunjukkan bahawa teknologi robot sedia ada sudah tidak jauh bagi mencapai apa yang mampu dilakukan manusia.

Ini sekali gus menunjukkan bahawa teknologi robot yang sedang berkembang pesat ini bakal menjadikan sukan robot ini akan popular di masa hadapan.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/08/25164840/FSaver.com_AQOtAL9-hg4UG7nwXN4kVzDJSHAxGA77Rri1frgJMUxdoQQLvOhq-7HmO4R7K2UdoK2mcDEia6hDhgC-jQSYpu8Ri6IGE_YJ6TG0olUrhmmnLA_720p_HD.mp4

Sukan Robot Humanoid Dunia yang berlangsung di Beijing, adalah yang pertama dianjurkan dengan China menjadi negara pertama di dunia menganjurkannya.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/08/25165224/unitree-G1.mp4

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • China Anjur Sukan Robot Humanoid Pertama Di Dunia, Tarik Pasukan Dari 16 Negara
  • Malaysia Lancar Bank Pertama Di Dunia Dikuasakan AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY