Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Anjur Sukan Robot Humanoid Pertama Di Dunia, Tarik Pasukan Dari 16 Negara

China Anjur Sukan Robot Humanoid Pertama Di Dunia, Tarik Pasukan Dari 16 Negara

Diterbitkan Ogos 15, 2025 oleh ariff bukhari

China menjadi negara pertama di dunia menganjurkan Sukan Robot Humanoid Dunia yang sedang berlangsung di Beijing.

Melibatkan lebih 500 robot humanoid dari 16 negara, acara ini diadakan di National Speed Skating Oval dengan pelbagai pertandingan dipertandingkan termasuklah olahraga, bola keranjang, kung fu, pembersihan dan pengelasan ubat-ubatan.

Walaupun banyak aksi robot masih kaku dan terjatuh, ada yang menunjukkan prestasi mengagumkan seperti robot Unitree yang memenangi perlumbaan 1500 meter yang berjaya merekodkan pecutan terbaikĀ  6:29:37.

China Anjur Sukan Robot Humanoid Pertama Di Dunia, Tarik Pasukan Dari 16 Negara
Jurutera mengikuti robot mereka semasa mereka bertanding dalam acara lari 400M semasa Perlawanan Robot Humanoid Dunia di Beijing pada 15 Ogos 2025. (Foto oleh ADEK BERRY / AFP)

Acara ini adalah sebahagian daripada strategiĀ  China untuk menjadi peneraju industri robotik, disokong dana besar termasuk pelan dana 1 trilion yuan yang diberikan kepada syarikat permulaan teknologi di sana.

China kini merupakan pasaran terbesar dunia bagi robot industri yang giat membangunkan robot humanoid untuk pelbagai aplikasi.

Penganjuran ini juga bertujuan memupuk minat generasi muda terhadap teknologi dengan menyaksikan sekolah menghantar para pelajar mereka untuk menyaksikan pertandingan tersebut.

Penonton turut menikmati acara seperti tinju robot dan persembahan kung fu, walaupun kadangkala berakhir dengan jatuh berguling.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • China Buktikan Masa Depan Robot Humanoid Bukan Lagi Fantasi
  • Pengguna EV Volkswagen Di UK Perlu Langgan ~RM98/bulan Untuk Tambah Prestasi

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY