Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
(Video) Kapal Bateri-Elektrik Terbesar Dunia, China Zorrilla Memulakan Ujian

(Video) Kapal Bateri-Elektrik Terbesar Dunia, China Zorrilla Memulakan Ujian

Diterbitkan Januari 20, 2026 oleh ariff bukhari

Incat Tasmania mencatat sejarah apabila melancarkan ujian pelabuhan untuk Hull 096, kapal bateri-elektrik terbesar dunia sepanjang 130 meter.

Kapal ini yang bergerak sepenuhnya menggunakan kuasa bateri, menjalani ujian bagi menilai keupayaan pendorongan, kawalan, dan prestasi sistem di persekitaran Sungai Derwent di pelabuhan Hobart.

Robert Clifford, Pengerusi Incat, menekankan bahawa pencapaian ini membuktikan teknologi bateri-elektrik mampu diguna untuk kapal komersial berskala besar.

Hull 096 akan dinamakan sebagai China Zorrilla, nama kepada tokoh bintang filem dan teater Uruguay yang meninggal dunia pada tahun 2014 dahulu

China Zorrilla bukan sahaja membawa penumpang, malah mampu mengangkut kenderaan, menjadikannya mercu tanda baharu dalam industri maritim.

Selepas ujian pelabuhan, kapal tersebut akan melalui proses pentauliahan penuh sebelum dihantar ke pemiliknya, Buquebus, syarikat pengendali feri Amerika Selatan yang menghubungkan ibu kota Uruguay, Montevideo, dan ibu kota Argentina, Buenos Aire.

Kejayaan ini dilihat sebagai langkah besar ke arah pengangkutan laut yang lebih bersih, mengurangkan pelepasan karbon, dan membuka jalan kepada masa depan maritim yang lebih mampan.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Anda Disyor Untuk Nyahaktifkan 2 Ciri Gmail Ini Sekarang
  • Satu-Satunya Di Malaysia, Terowong Angin UTM Setaraf Boeing Dan NASA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY