Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gmail translate

Anda Disyor Untuk Nyahaktifkan 2 Ciri Gmail Ini Sekarang

Diterbitkan Januari 12, 2026 · Dikemas kini Januari 12, 2026 oleh ariff bukhari

Google telah menawarkan ciri AI baharu di mana akaun pengguna dipilih secara automatik bagi membolehkan Google mengimbas mesej dan lampiran mereka bagi membantu melatih model AI seperti Gemini.

Namun begitu, pengguna Gmail disyor untuk segera menutup 2 fungsi utama untuk ciri AI itu iaitu Smart Compose dan Smart Reply yang diaktifkan secara lalai.

Ini kerana, kedua-dua ciri ini menggunakan kecerdasan buatan untuk meramal serta mencadangkan ayat dalam e-mel hasil daripada kebenaran mengimbas mesej dan lampiran dalam kandungan akaun Gmail pengguna.

“Apabila anda menghidupkan ciri pintar dalam Gmail, Chat dan Meet, anda bersetuju untuk membenarkan Gmail, Chat dan Meet menggunakan kandungan dan aktiviti anda dalam produk ini untuk memperibadikan pengalaman anda dalam aplikasi tersebut.” Google

Jadi berikut adalah cara mematikan ciri Smart Compose dan Smart Reply dari akaun Gmail anda:

  • Buka Gmail pada komputer anda.
  • Pada penjuru kanan sebelah atas, klik Tetapan Anda Disyor Untuk Nyahaktifkan 2 Ciri Gmail Ini Sekarang kemudian Lihat semua tetapan.

Anda Disyor Untuk Nyahaktifkan 2 Ciri Gmail Ini Sekarang

  • Dalam bahagian “Umum”, tatal ke bawah kepada “Karang Pintar”.
  • Pilih Cadangan penulisan dihidupkan atau Cadangan penulisan dimatikan.

Anda Disyor Untuk Nyahaktifkan 2 Ciri Gmail Ini Sekarang

  • Di bahagian yang sama, anda semak bahagian Smart Reply untuk nyah aktifkan ciri tersebut.

Anda Disyor Untuk Nyahaktifkan 2 Ciri Gmail Ini Sekarang

  • Satu lagi langkah paling mudah untuk mengaktifkan kedua-dua ciri tersebut sekali gus adalah dengan klik pada bahagian Smart features.

Anda Disyor Untuk Nyahaktifkan 2 Ciri Gmail Ini Sekarang

Namun, apabila pilihan ciri Smart features ini dinyahaktifkan, kesemua ciri pintar lain termasuklah Grammar, Spelling, Autocorrect dan Nudges turut dimatikan.

Anda Disyor Untuk Nyahaktifkan 2 Ciri Gmail Ini Sekarang

Ciri ini juga boleh dinyaktifkan terus dari aplikasi Gmail dalam telefon pintar anda.

  • Buka aplikasi Gmail Anda Disyor Untuk Nyahaktifkan 2 Ciri Gmail Ini Sekarang pada telefon iOS atau Android anda.
  • Pada bahagian atas sebelah kiri, ketik Menu Anda Disyor Untuk Nyahaktifkan 2 Ciri Gmail Ini Sekarang kemudian Tetapan.
  • Pilih akaun anda.

WhatsApp Image 2026-01-12 at 16.20.33

 

Apa yang boleh disimpulkan, walaupun memudahkan komunikasi, ciri pintar ini menimbulkan risiko besar terhadap privasi kerana Google berpotensi mengumpul dan menganalisis corak penulisan pengguna.

Data yang dikumpul boleh digunakan untuk membina profil terperinci, sekali gus mendedahkan maklumat sensitif tanpa disedari.

Sehubungan itu, pakar keselamatan digital menekankan bahawa kemudahan tidak seharusnya mengorbankan keselamatan peribadi dan pengguna digalakkan menutup fungsi ini.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY