Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
(Video) EV BYD Dipanah Petir 3 Kali Berturut-Turut Di China

(Video) EV BYD Dipanah Petir 3 Kali Berturut-Turut Di China

Diterbitkan Ogos 11, 2025 · Dikemas kini Ogos 11, 2025 oleh ariff bukhari

Sebuah EV BYD model Song Plus di Beihai, Guangxi, China telah dipanah petir sebanyak tiga kali berturut-turut ketika melalui kawasan rehat Tieshan dalam cuaca ribut.

Rakaman dari kamera papan pemuka (dashcam) dari kenderaan lain yang berjaya merakam insiden itu telah tular di media sosial China. Pemandu dan kereta tersebut tidak mengalami kecederaan dan kerosakan serius.

Selepas insiden itu, pemeriksaan mekanik ke atas EV itu mendapati bateri, motor, dan sistem kawalan elektronik tidak rosak; hanya terdapat dua tanda kecil di bumbung.

EV BYD Song Plus
EV BYD Song Plus

Sistem perlindungan pemotongan kuasa automatik BYD berfungsi dengan baik semasa sambaran kilat bagi mengelakkan kerosakan elektrik dan melindungi keselamatan pemandu, yang kekal di dalam kereta sehingga bantuan tiba.

EV  BYD Song Plus ialah model elektrik sepenuhnya dalam siri Ocean yang dijual pada harga RMB 149,800–175,800 (~RM97,370–RM114,270) di China.

EV BYD Song menjadi antara model EV terlaris BYD dengan merekodkan jualan lebih daripada 59,000 unit terjual pada Julai lepas.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • EV Mampu Milik, e.MAS 5 Akan Jelajah Ke Seluruh Negara
  • China Lancar Kilang Automotif 100% Dipacu 5G Dan AI Pertama Di Dunia

Sumber:  EV.com

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY