Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Lancar Kilang Automotif 100% Dipacu 5G Dan AI Pertama Di Dunia

China Lancar Kilang Automotif 100% Dipacu 5G Dan AI Pertama Di Dunia

Diterbitkan Ogos 8, 2025 · Dikemas kini Ogos 8, 2025 oleh ariff bukhari

Sebuah syarikat automotif China, Avita Technology baru-baru ini mencipta sejarah apabila melancarkan Kilang Digital Pintar 5G mereka di Chongqing, China.

Kilang ini bukan sekadar satu fasiliti perindustrian biasa, malah diiktiraf sebagai kilang pertama di dunia yang beroperasi automasi sepenuhnya menggunakan gabungan teknologi 5G dan Kecerdasan Buatan (AI).

Apa yang menjadikan kilang ini begitu istimewa ialah keupayaannya untuk menghasilkan sebuah kenderaan setiap 60 saat, satu kadar pengeluaran yang menyamai piawaian pengeluaran kelas dunia.

Selain itu, ia turut menyokong pengeluaran pelbagai jenama lain dalam satu barisan pemasangan yang sama di mana ia mampu menampung sehingga 1,280 jenis pesanan yang disesuaikan.

Pelancaran kilang ini adalah hasil kerjasama strategik antara Changan Automobile, Huawei, dan China Unicom.

Changan bertindak menyediakan asas platform dan sistem pembuatan, Huawei pula membekalkan teknologi pemanduan pintar mereka.

Manakala CATL menjadi pembekal utama bateri untuk semua model kenderaan Avita.

China Lancar Kilang Automotif 100% Dipacu 5G Dan AI Pertama Di Dunia

Setakat ini, lebih daripada 40 teknologi canggih telah diintegrasikan dalam kilang ini bagi mencapai tahap fleksibiliti dan kecekapan untuk ia beroperasi secara automasi sepenuhnya.

Usaha Avita tidak terhenti di situ. Syarikat ini sedang giat memperkasa barisan produk kenderaan pintar mereka.

Menjelang 2030, syarikat itu merancang untuk melancarkan sebanyak 17 model baharu merangkumi pelbagai segmen seperti sedan, SUV, MPV dan juga kereta sukan.

China Lancar Kilang Automotif 100% Dipacu 5G Dan AI Pertama Di Dunia

Langkah besar ini turut didorong oleh pelaburan Avita sebanyak 11.5 bilion yuan (~RM7.45 bilion) ke dalam anak syarikat Huawei, menjadikannya pemegang saham kedua terbesar.

Kerjasama ini terus diperkukuhkan apabila Huawei menghantar hampir 300 jurutera teknikal ke Chongqing untuk membangunkan produk generasi kedua Avita, merangkumi aspek reka bentuk produk, pemahaman keperluan pengguna dan strategi pemasaran.

Kilang digital pintar ini bukan sahaja meningkatkan daya saing Avita dalam industri automotif, malah menandakan satu lonjakan besar bagi sektor pembuatan pintar di China.

Berkaitan

  • Idea Dan Ciptaan Teknologi Terbaik Sepanjang Zaman - Servis Penstriman
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Pusat Data Generasi Baharu Dibuka Di Pulau Pinang, Sokong AI Dan Teknologi Rendah Karbon
  • Saintis Berjaya Lihat Dan Rakam Imej Atom Dalam Resolusi Tinggi

Sumber: Embassy of The People’s Republic of China,  iNEWS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY