Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
eMAS 5 Tour KV 1-03

EV Mampu Milik, e.MAS 5 Akan Jelajah Ke Seluruh Negara

Diterbitkan Ogos 8, 2025 · Dikemas kini Ogos 8, 2025 oleh ariff bukhari

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) mengumumkan Jelajah MISI 5, satu program jelajah ke seluruh Malaysia dari Ogos hingga Oktober 2025 bagi memperkenalkan model EV terbaharu, Proton e.MAS 5.

Jelajah ini melibatkan 13 negeri dan 29 bandar untuk memberi peluang kepada rakyat melihat dan merasai sendiri EV mampu milik ini sebelum pelancarannya hujung tahun ini.

Jelajah ini akan bermula di Lembah Klang, kemudian ke Utara, Selatan, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak.

EV Mampu Milik, e.MAS 5 Akan Jelajah Ke Seluruh Negara
Tarikh dan lokasi yang telah dijadualkan Jelajah MISI 5.

e.MAS 5 menampilkan teknologi pintar, reka bentuk moden, dan ruang simpanan luas yang sesuai dengan gaya hidup rakyat Malaysia.

e.MAS 5 menyasarkan golongan muda bandar, keluarga dan mereka yang ingin beralih kepada EV.

Ramai menharapkan EV kedua Proton ini akan ditawar pada harga menarik yang membolehkan lebih ramai pengguna memiliki EV pertama mereka.

Berkaitan

  • Proton X50 Baharu Rasmi, Sokong Apple CarPlay Dan Android Auto
  • Proton e.MAS 7 Terima Kemas Kini - Warna Baharu, Sokongan Apple CarPlay, Ciri Pintar
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY