Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Zinwa Q25 1

(Video) China Usaha Hidupkan Kembali BlackBerry Dengan Android 13

Diterbitkan Ogos 22, 2025 · Dikemas kini Ogos 22, 2025 oleh ariff bukhari

Sebuah syarikat China, Zinwa Technologies telah menghidupkan semula model BlackBerry Classic Q20 dengan model baharu yang dinamakan sebagai Zinwa Q25.

Ia menjalankan Android 13 dan dilengkapi perkakasan moden, tapi  mengekalkan sentuhan nostalgia BlackBerry seperti papan kekunci fizikal dan trackpad.

Perkakasan Zinwa Q25 Pro ini dinaik taraf dengan cip MediaTek Helio G99, RAM 12GB, storan sehingga 256GB, bateri 15% lebih besar, kamera belakang 50MP, kamera hadapan 8MP, port USB-C dan sokongan 4G LTE (tiada 5G).

Zinwa Q25

Zinwa di laman sesawangnya menawarkan Q25 Pro dijual pada harga $450 (~RM 1,900). Malah syarikat ini turut menjual komponen gantian berasingan.

100 unit pertama Zinwa Q25 dijangka akan dihantar kepada pembelinya pada hujung Ogos ini, dengan pengeluaran besar-besaran bermula pertengahan September akan datang.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • CelcomDigi Tawar Hadiah Percuma Untuk Prapesan Pixel 10, Jimat Sehingga RM4,653
  • CelcomDigi Dan Huawei Pertama Di Malaysia Tawar WiFi 7 Untuk Perniagaan

Sumber: NotebookCheck

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY