Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CelcomDigi FTTR-B

CelcomDigi Dan Huawei Pertama Di Malaysia Tawar WiFi 7 Untuk Perniagaan

Diterbitkan Ogos 22, 2025 ยท Dikemas kini Ogos 22, 2025 oleh ariff bukhari

CelcomDigi dengan kerjasama Huawei Malaysia melancarkan Fibre-to-the-Room Business (FTTR-B), penyelesaian rangkaian pertama seumpamanya di Malaysia dan Asia Tenggara yang menawarkan sambungan kelajuan gigabit di setiap bilik, isyarat yang lebih kuat, serta roaming dalaman tanpa gangguan.

Penyelesaian ini menggunakan teknologi WiFi 7 dan kabel gentian optik bagi menyokong aplikasi berkapasiti tinggi seperti strim video 4K/8K, automasi pejabat pintar, serta operasi AI.

FTTR-B hadir dengan ciri keselamatan, rangkaian berasingan untuk tetamu/kakitangan dan kapasiti boleh naik taraf melebihi 2Gbps.

68a6a5ddc06f128171e265ee_CDB250702_Web_DesktopBanner_EN_1440x600_SME_FTTR (1)-p-2000

Sebagai promosi, pelan bundle 1Gbps ditawarkan pada harga RM299/bulan dengan yuran sekali sahaja RM180 (termasuk pemasangan percuma bernilai RM2,900).

CelcomDigi juga menawarkan pilihan rangkaian tersuai dan diurus sepenuhnya mengikut keperluan perniagaan.

CelcomDigi Dan Huawei Pertama Di Malaysia Tawar WiFi 7 Untuk Perniagaan
Pilih pelan FTTR-B yang ideal untuk perniagaan anda.

Pelancaran ini telah pun diadakan di La Casa Leal Restaurant, di mana ia merupakan lokasi pertama di Malaysia yang menggunakan FTTR-B.

CelcomDigi yakin akan memperluas penyelesaian ini ke seluruh negara bagi membantu perniagaan beroperasi lebih cekap dan bersedia untuk ekonomi digital.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • CelcomDigi Tawar FTTR Percuma, Pas Internet Murah Sempena Hari Kebangsaan
  • DuitNow QR Kini Boleh Digunakan Di Luar Negara

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY