Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
(Video) China Uji Turbin Angin Terapung Terbesar Dunia

(Video) China Uji Turbin Angin Terapung Terbesar Dunia

Diterbitkan September 26, 2025 oleh ariff bukhari

China berjaya menguji S1500, turbin angin terapung terbesar dunia di Hami, Xinjiang.

Berbentuk seperti kapal udara legenda Zeppelin, S1500 berukuran 60m x 40m x 40m dan dilengkapi 12 set turbin berkuasa 100 kW setiap satu.

Ia memanfaatkan angin altitud tinggi yang stabil untuk menjana elektrik, dihantar ke darat melalui kabel khas.

Berbeza dengan turbin darat, sistem ini tidak memerlukan menara atau asas dalam, mengurangkan penggunaan bahan sebanyak 40% dan kos elektrik sebanyak 30%.

Ia juga boleh dipindahkan dalam beberapa jam ke lokasi , sesuai untuk kawasan terpencil seperti gurun dan pulau.

Dibangunkan oleh Beijing SAWES Energy Technology Co., Ltd., bersama Tsinghua University dan AIR, teknologi ini juga sesuai untuk bantuan bencana dan keselamatan bandar.

Sebelum ini, model S500 dan S1000 telah diuji pada ketinggian 500m dan 1,000m.

Angin altitud tinggi membawa potensi kerana kelajuan angin yang lebih tinggi menghasilkan tenaga berkali ganda lebih besar.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • China Pasang Panel Solar Seluas Paris Di Gurun Mongolia
  • Stesen Pengecasan EV Terpantas Kini Di KL Eco City, Kuasa Sehingga 350kW

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY