Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
(Video) ASUS Dedah Proses Hasilkan GPU Edisi Emas Berharga ~RM2.1 Juta

(Video) ASUS Dedah Proses Hasilkan GPU Edisi Emas Berharga ~RM2.1 Juta

Diterbitkan Oktober 7, 2025 oleh ariff bukhari

ASUS China telah pun memperkenalkan kad grafik (GPU) paling mahal di dunia apabila mereka menghasilkan model ROG Astral RTX 5090D Edisi Emas.

Diperkenalkan di Bilibili World 2025, kad grafik ini bukan untuk dijual kepada umum, sebaliknya ia ditempah khas oleh seorang pelabur yang turut membekalkan emas tulen seberat 5kg.

(Video) ASUS Dedah Proses Hasilkan GPU Edisi Emas Berharga ~RM2.1 Juta
(Video) ASUS Dedah Proses Hasilkan GPU Edisi Emas Berharga ~RM2.1 Juta
(Video) ASUS Dedah Proses Hasilkan GPU Edisi Emas Berharga ~RM2.1 Juta

Berbanding model Dhahab Edition yang hanya mengandungi 6.5g emas dan dijual sekitar $10,000, versi terbaru ini dianggarkan bernilai USD 500,000 (~RM 2,100,000).

Proses pembuatannya mengambil masa berbulan-bulan dengan lebih 10 percubaan gagal.

Setiap komponen—termasuk bingkai, penutup dan plat belakang—dibentuk dan digilap secara manual.

(Video) ASUS Dedah Proses Hasilkan GPU Edisi Emas Berharga ~RM2.1 Juta
Reka bentuknya menampilkan corak awan bertuah yang diukir, logo ROG berisi enamel, serta kemasan bertekstur pasir dan kilat. Berat keseluruhan kad ini mencecah 7.56kg.

GPU tersebut yang sepatutnya dilelong walau bagaimanapun tidak sempat dilelong. Ia selepas GPU itu dibeli oleh seorang pengumpul peribadi secara terus.

Sebahagian hasil jualan kad grafik itu akan disumbangkan kepada Bilibili Charity untuk menyokong pendidikan luar bandar.

Anda boleh tonton keseluruhan proses pembuatan ROG Astral RTX 5090D Edisi Emas ini di platform bilibili.

Berkaitan

  • Asus Tayang GPU RTX 5090 Dari Emas Tulen Seberat 5Kg Bernilai Lebih RM2 Juta
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Permainan Mudah Alih Rasmi Naruto Baharu Dilancar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY