Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
rog rtx 5090 gold

Asus Tayang GPU RTX 5090 Dari Emas Tulen Seberat 5Kg Bernilai Lebih RM2 Juta

Diterbitkan Julai 14, 2025 · Dikemas kini Julai 14, 2025 oleh ariff bukhari

ASUS dilaporkan telah mempamerkan kad grafik ROG RTX 5090 yang diperbuat daripada emas tulen di China.

GPU itu disalut dengan kira-kira 5 kg emas sekali gus menjadikan berat keseluruhan GPU ini adalah sekitar 7.2 kg — menjadikannya antara kad grafik paling berat dan termahal pernah dicipta.

Tidak seperti edisi Dhahab yang hanya berlapis emas dan berharga sekitar $8,000, versi ini dianggarkan bernilai $500,000 (lebih RM2 juta) iaitu hampir 250 kali lebih mahal daripada harga asal RTX 5090 biasa ($2,000).

Imej-imej GPU emas itu telah dikongsikan seorang pengguna di platform X.

https://x.com/realVictor_M/status/1943951543671435527

Walaupun rekaan emas ini kurang berkilat dan tidak sekemas edisi Dhahab, ia tetap luar biasa kerana ia diperbuat sepenuhnya daripada emas.

rog dhabab edition
ROG Dhabab Edition

Ini menjadikannya lebih mahal daripada GPU pusat data NVIDIA Blackwell B200 dan setaraf harga sebuah Ferrari.

Walau bagaimanapun, tiada pengesahan sama ada ASUS merancang untuk menjual RTX 5090 emas ini atau ia dicipta hanya sebagai konsep sahaja.

Berkaitan

  • Harga ASUS RTX 5090 Edisi Emas 24 Karat Kini Cecah RM45 Ribu
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • KTM Lancar KITS Style, Beli Tiket ETS, Tempah Hotel Dan Bayar Bil Dalam Satu Aplikasi

Sumber: NotebookCheck

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY