Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Naruto Kage

Permainan Mudah Alih Rasmi Naruto Baharu Dilancar

Diterbitkan Oktober 7, 2025 · Dikemas kini Oktober 7, 2025 oleh ariff bukhari

Peminat Naruto khususnya mungkin tidak sedar bahawa satu judul permainan rasmi baharu Naruto telah dilancarkan di Google Play Store.

Menggunakan judul Naruto Kage, permainan bercorak 3D ARPG rasmi Naruto ini dibangunkan oleh NAR Game, Hongkong Bandai Technology Co., Limited.

NAR Game juga adalah pembangun permainan rasmi mudah alih Naruto Shippuden yang telah dilancarkan pada 2024 lalu.

Naruto Kage menampilkan visual gaya anime, pertarungan PvP dan melusuri naratif siri asalnya.

Naruto Kage 1
Naruto Kage

Pemain boleh mengawal watak seperti Naruto, Sasuke, dan Sakura, membentuk pasukan, menyertai klan, dan terlibat dalam pertempuran strategik menggunakan pelbagai kemahiran ninjutsu.

Naruto Kage buat masa ini hanya ditawar untuk platform Android yang  boleh dimuat turun di Google Play Store.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • 2 Pembangun 'Game' Malaysia Finalis gamescom asia x Thailand Game Show
  • PC Game Pass Naik Harga Di Malaysia, Kini RM25 Sebulan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY