Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Video AI Ciptaan ByteDance Cetus Fenomena Selepas Perjanjian TikTok Di AS

Video AI Ciptaan ByteDance Cetus Fenomena Selepas Perjanjian TikTok Di AS

Diterbitkan Februari 13, 2026 oleh ariff bukhari

Klip sinematik yang dijana model video kecerdasan buatan (AI) terbaharu ByteDance mencetuskan fenomena dalam talian bagi syarikat China itu, yang baru-baru ini melepaskan pegangan majoriti TikTok di Amerika Syarikat.

ByteDance terkenal di peringkat global sebagai syarikat di sebalik TikTok, namun ia juga merupakan pemain utama AI dalam ekonomi kedua terbesar dunia.

Model penciptaan video baharunya, Seedance 2.0, dilancarkan dalam mod ujian terhad di China — namun rakaman sintetik hiper-realistik sudah membanjiri media sosial di seluruh dunia.

Firma perunding berpangkalan di Switzerland, CTOL Digital Solutions, menyifatkannya sebagai “model penjanaan video AI paling maju yang tersedia… mengatasi Sora 2 oleh OpenAI dan Veo 3.1 oleh Google dalam ujian praktikal”.

Menurut firma itu, ia “mewakili perubahan asas dalam keupayaan penjanaan video — bukan sekadar pada kualiti visual, tetapi dalam mengautomasikan pertimbangan editorial yang sebelum ini eksklusif kepada profesional terlatih”.

Keterujaan itu mendorong kenaikan saham syarikat hiburan dan permainan China pada Isnin, termasuk lonjakan 20 peratus bagi penerbit COL Group dan 10 peratus bagi Shanghai Film Co, lapor Bloomberg News.

Antara klip yang dimuat naik pengguna termasuk adegan pertarungan fantasi ala filem pecah panggung serta rakaman zum masuk yang memaparkan permukaan dengan perincian tinggi.

Ada yang membandingkannya dengan aplikasi teks-ke-video Sora 2 oleh OpenAI, yang tahun lalu mencetuskan kebimbangan hak cipta susulan paparan watak kartun dan permainan terkenal seperti South Park dan Pokemon.

“Inovasi dalam kategori ini bergerak amat pantas. Dan China nampaknya mendahului,” kata Inaki Berenguer dari firma modal teroka LifeX.

Beliau menyifatkan kemampuan menghasilkan adegan, pelbagai sudut rakaman, kesan bunyi dan suara hanya melalui arahan teks sebagai sesuatu yang “luar biasa”.

ByteDance baru-baru ini mengelak TikTok daripada diharamkan atas kebimbangan keselamatan negara di AS, di mana aplikasi itu mempunyai 200 juta pengguna.

Lebih dua minggu lalu, TikTok mengumumkan penubuhan usaha sama milik majoriti Amerika untuk mengendalikan operasinya di AS.

ByteDance mengekalkan pegangan 19.9 peratus dalam usaha sama itu, di bawah ambang 20 peratus yang ditetapkan undang-undang.

Tiga pelabur — Silver Lake, Oracle dan dana pelaburan AI berpangkalan di Abu Dhabi, MGX — masing-masing memegang 15 peratus kepentingan.

Pengerusi eksekutif Oracle, Larry Ellison, merupakan sekutu lama Presiden AS Donald Trump. – AFP.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • TikTok Di AS Kini Di Bawah Entiti Baharu, ByteDance Pegang 19.9%
  • 32 Satelit Untuk Rangkaian Amazon Leo Dilancar Ke Angkasa

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY