Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

UTM Cipta ‘Generator’ Mesra Kos Dan Alam Untuk Peniaga Pasar Malam

Posted on Februari 16, 2026Februari 16, 2026

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah pun memperkenalkan mesin yang dinamakan sebagai Power Inverter UTM, sebuah inovasi hijau yang dicipta oleh Dr. Nur Faizal Kasri dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik.

Projek ini lahir daripada keperluan peniaga pasar malam yang selama ini bergantung pada generator minyak yang bising, berasap, dan mahal untuk beroperasi.

Dengan sokongan geran komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 4.0 bernilai RM20,000, sebanyak 20 unit telah diagihkan secara percuma kepada peniaga terpilih.

Power Inverter ini menggunakan bateri boleh dicas semula yang mampu bertahan sehingga 4 jam pada waktu malam selepas dicas selama 8 jam di siang harinya.

Ia menyokong beban maksimum 100 watt, sesuai untuk lampu LED dan kipas, serta dilengkapi inverter gelombang tulen bagi memastikan kestabilan arus elektrik.

Reka bentuk ringkas Power Inverter dengan tiga suis utama dan paparan voltan mesra pengguna.
Dr. Faizal bersama pasukan penyelidik UTM yang membangunkan Power Inverter sejak peringkat awal.

Kos operasi pula hanya sekitar 40 sen sahaja sehari, sekali gus jauh lebih jimat berbanding generator berenjin yang membakar RM5 untuk minyaknya.

Malah Power Inverter ini yang menggunakan tenaga elektrik dari bateri mampu mengurangkan pelepasan karbon sehingga 95%.

Maklum balas juga peniaga amat positif kerana ia lebih senyap, mesra pengguna, dan bebas asap.

Dr. Nur Faizal memaklumkan, generasi kedua mesin ini sedang dibangunkan melibatkan penambahbaikan seperti bateri terbina dalam, integrasi IoT, sokongan aplikasi mudah alih (iOS dan Android) serta reka bentuk lebih ringan dan moden,

Dengan sokongan tambahan dana RM50,000 daripada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), produk ini berpotensi dikomersialkan secara besar-besaran.

Walaupun kos pengeluaran kecil-kecilan masih tinggi (sekitar RM700 seunit), mereka yakin bahawa kos boleh diturunkan melalui penghasilan secara besar-besaran sekali gus memberi manfaat bukan sahaja kepada peniaga pasar malam tetapi juga komuniti luar bandar, rekreasi, dan pasukan keselamatan.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress