Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pos Malaysia

Kaunter Pos Malaysia Tidak Lagi Terima Bungkusan Berat Melebihi 30Kg

Diterbitkan Februari 16, 2026 · Dikemas kini Februari 16, 2026 oleh ariff bukhari

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) hari ini memaklumkan bahawa berat maksimum baharu bagi bungkusan yang ingin dihantar menerusi perkhidmatan mereka kini ditetapkan kepada 30kg sahaja.

Berbanding sebelum ini, berat maksimum yang dibenarkan adalah sehingga 60kg. Malah saiz bungkusan juga kini turut dikurangkan untuk penghantaran.

Kaunter Pos Malaysia Tidak Lagi Terima Bungkusan Berat Melebihi 30Kg

Pos Malaysia menyatakan, bungkusan yang melebihi had maksimum baharu ini tidak akan diproses di kaunter.

Pos Malaysia memaklumkan, penyelarasan semula had maksimum berat dan saiz bungkusan yang berkuat kuasa pada 14 Februari 2026 ini adalah bagi meningkatkan kecekapan operasi serta memastikan pengendalian bungkusan yang lebih selamat di seluruh rangkaian penghantaran mereka.

Sehubungan itu, para pelanggan dinasihatkan untuk memastikan bungkusan mereka mematuhi had baharu yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang gangguan perkhidmatan atau keperluan pengendalian tambahan.

Berkaitan

  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • Tiada Lagi Saluran HBO Di Astro Mulai 1 Mac 2026
  • UAI Bakal Jadi Salah Satu Watak Animasi TV

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
©2026 WISER.MY