Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malaysia Techlympics 2022

Usaha MOSTI Lahirkan Inovator Muda Berkebolehan Melalui ‘Malaysia Techlympics’ Capai Kejayaan Luar Jangka

Diterbitkan Februari 10, 2023 oleh ariff bukhari

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menzahirkan penghargaan kepada MRANTI sebagai agensi pelaksana Program Malaysia Techlympics yang berjaya melahirkan inovator muda celik STI dan berkebolehan untuk menghasilkan solusi, aplikasi dan produk berteknologi untuk masyarakat.

Program Malaysia Techlympics 2022 telah berjaya mencatat sebanyak 1.03 juta penyertaan dalam kalangan pelajar dan belia yang berumur dari 7 hingga 30 tahun.

Angka ini sekaligus melepasi sasaran awal iaitu 1 juta penyertaan. Tambahan lagi, sebanyak 34.9 juta jangkauan digital di pelbagai rangkaian media sosial telah dicatatkan, jauh melepasi sasaran awal iaitu 15 juta.

Melalui program ini MOSTI memaklumkan, mereka telah berjaya berkongsi kepakaran dan ilmu pengetahuan melalui Latihan Tenaga Pengajar atau Training of Trainers kepada 5,800 orang guru di 66 buah sekolah dengan melibatkan 34 buah lokasi di seluruh Malaysia.

https://youtu.be/d5jOJTpNpeU

Lebih membanggakan, Penganjuran Program Malaysia Techlympics 2022 ini juga telah mencatatkan “Penyertaan Pelajar Terbesar dalam Pertandingan Sains, Teknologi dan Inovasi”.

Sekaligus program itu direkodkan dalam Malaysia Book of Records.

Malaysia Techlympics berjaya mengumpulkan sejumlah 1,200 idea berpotensi dengan hanya 5 darinya yang terpilih untuk dimajukan ke peringkat seterusnya.

MOSTI menyatakan akan terus menyokong para inovator dan inventor muda untuk mengambil langkah dalam mengembangkan penciptaan idea mereka.

Berkaitan

  • Mulai Hari ini, Pemilik Kenderaan Persendirian Tak Perlu Lagi Lekat "Road Tax"
  • Inisiatif TNG Tangani Isu Perkhidmatan Belum Mencukupi - KPDN
  • U Postpaid: Penggunaan ‘Hotspot’ Disekalikan, Kuota Pelan RM38/Bulan Pula Naik Ke 60GB

Sumber: MOSTI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY