Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tol paydirect tng

Inisiatif TNG Tangani Isu Perkhidmatan Belum Mencukupi – KPDN

Diterbitkan Februari 10, 2023 · Dikemas kini Februari 10, 2023 oleh Amalina Athman

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan inisiatif yang dilaksanakan oleh syarikat Touch ‘n Go (TnG) dalam menyelesaikan beberapa isu berkaitan perkhidmatan TnG yang dibangkitkan sebelum ini, masih belum mencukupi.

Berkaitan

  • KPDN Tubuh Pasukan Khas Teliti Isu Sistem Pembayaran Touch 'n Go
  • Elak Kekeliruan, Kerajaan Saran Tukar Nama Kad Visa TNG Kepada Jenama Lain
  • Touch 'n Go Diarah Ambil Enam Tindakan Ini Dengan Segera

Lanjutan itu, pelan tindakan yang jelas terutama langkah penambahbaikan lebih terperinci berhubung isu tersebut akan menjadi keutamaan pada sesi libat urus pasukan petugas khas KPDN akan datang.

Menurut kementerian itu, terdapat beberapa penambahbaikan segera telah dilakukan oleh syarikat TNG dalam tempoh seminggu yang diberikan sebelum ini. Antaranya termasuk membuat penambahan 3.5 juta kad pada tahun ini, berbanding 2.68 juta pada tahun 2022 susulan isu kekurangan kad.

TNG juga telah menghantar notifikasi sebulan sebelum kad tamat tempoh melalui aplikasi e-wallet serta e-mel pengguna.

Bagi isu pemulangan dan bayaran balik baki kad, pihak TNG akan meneliti dan melaksanakan proses bayaran balik dengan segera kepada pengguna setelah syarikat konsesi melakukan siasatan, pengesahan dan kelulusan.

Terdahulu, KPDN telah menubuhkan pasukan khas bagi meneliti masalah berkaitan sistem pembayaran baharu TNG.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
©2026 WISER.MY