Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 17 rumors

Ura-Ura: iOS 17 Mungkin Tidak Lagi Menyokong Senarai iPhone Ini

Diterbitkan April 5, 2023 ยท Dikemas kini April 5, 2023 oleh Amalina Athman

Seperti sedia maklum, Apple dijangka mengumumkan iOS 17 pada acara WWDC23 yang akan berlangsung sekitar dua bulan lagi. Menjelang acara itu, khabar angin terbaharu telah menyenaraikan iPhone dan iPad yang berkemungkinan tidak lagi menerima sokongan iOS 17 dan iPadOS 17 kelak.

Berkaitan

  • Apple WWDC23 Akan Berlangsung 5 Hingga 9 Jun, iOS 17 Antara Tumpuan
  • Dua Tahun Lagi, Model Standard iPhone Dijangka Hadir Dengan ProMotion 120Hz
  • watchOS 10 Akan Alami Rombakan Visual Yang Lebih Besar Berbanding iOS 17 - Mark Gurman

Menurut seorang pengguna di Twitter yang mempunyai kredibiliti mengenai maklumat perisian Apple yang lepas, berikut adalah senarai peranti yang dijangka tidak lagi menyokong iOS 17 dan iPadOS 17:

  • iPhone 8
  • iPhone 8 Plus
  • iPhone X
  • iPad (generasi ke-5)
  • iPad Pro 9.7-inci (generasi pertama)
  • iPad Pro 12.9-inci (generasi pertama)

Jika ura-ura yang diperkatakan ini adalah benar, ia mungkin mempunyai kaitan dengan kerentanan keselamatan bootrom yang tidak boleh ditampal dan menjejaskan peranti yang dikuasakan cip A11 Bionic atau lebih lama.

Menurut MacRumors, eksploitasi pada cip itu membolehkan jailbreak dilakukan pada peranti, dan membenarkan pengguna mengubah suai sistem fail iOS.

Terdahulu, Apple telah menghentikan sokongan iOS 16 dan iPadOS 16 untuk beberapa peranti, termasuk iPhone 6s, iPhone 6s Plus, iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone SE, iPod touch (generasi ke-7) dan sebagainya.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY