Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
120Hz base model iPhone

Dua Tahun Lagi, Model Standard iPhone Dijangka Hadir Dengan ProMotion 120Hz

Diterbitkan April 4, 2023 · Dikemas kini April 4, 2023 oleh Amalina Athman

Menurut penganalisis dan CEO Display Supply Chain Consultants Ross Young, Apple dijangka akan memperluas penawaran ProMotion kepada model standard iPhone dalam masa dua tahun.

Seperti sedia maklum, ProMotion pertama kali diperkenalkan pada model iPhone 13 Pro pada 2021, dan sehingga kini ia kekal eksklusif untuk model Pro.

Berkaitan

  • Cetakan 3D Yang Didakwa Siri iPhone 15 Tampak Berbeza Dengan Siri iPhone 14
  • Suis 'Silent' iPhone 15 Pro Mungkin Diganti Dengan Butang Pelbagai Guna
  • iPhone Kekal Lebih Bernilai Berbanding Android Untuk 4 Tahun Berturut - Turut

Dalam ciapan di Twitter, Young telah berkongsi hala tuju Apple, memperlihatkan semua model iPhone akan menggunakan teknologi paparan LTPO menjelang 2025. Dengan paparan LTPO kelak, ia membolehkan model asas iPhone menerima sokongan ProMotion dengan kadar segar semula sehingga 120Hz.

With years and models this time: pic.twitter.com/hhSzXOWfwD

— Ross Young (@DSCCRoss) April 3, 2023

Walaupun terdapat kemungkinan model asas hanya akan menyokong 90Hz, namun Young menyatakan setakat ini tiada panel LTPO mempunyai kadar segar semula 90Hz.

Secara keseluruhannya, hala tuju tersebut mencadangkan “iPhone 17” dan “iPhone 17 Plus” akan menampilkan ProMotion 120Hz. Terdapat kemungkinan lain Apple akan menawarkan Always-on Display untuk kedua-dua model tersebut.

Ini kerana, Apple kebiasaannya akan memperluas ciri yang ditawarkan untuk model Pro kepada model asas setelah beberapa tahun. Antaranya termasuk teknologi OLED, dan terbaharu adalah Dynamic Island yang dijangka akan ditawarkan untuk keempat-empat model iPhone 15 pada September nanti.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY