watchOS 10 Akan Alami Rombakan Visual Yang Lebih Besar Berbanding iOS 17 - Mark Gurman

Apple sudah mengesahkan acara WWDC akan berlangsung pada 5 Jun 2023. Seperti biasa, ia akan mempersembah versi terbaharu sistem operasi mereka -- iOS 17, watchOS 10.



Bagi watchOS 10, sumber yang boleh dipercayai iaitu Mark Gurman berkata akan terdapat perubahan besar untuk antara muka sistem operasi Apple Watch itu nanti.

{suggest}

Kalau anda sedar, watchOS tidak pernah mengalami perubahan besar seperti yang berlaku pada iOS sewaktu pelancaran iOS 7.



Namun, tidak pula didedahkan sebesar manakah penambahbaikan yang akan berlaku mahupun apa yang akan ditukar.

Semua kemas kini hanya hadir dengan ciri baharu, muka jam baharu dan sedikit perubahan kecil-kecilan.



Disebabkan terlalu lama mereka kekal dengan rekaan sama, maka masuk akal dan wajar untuk perubahan ini diambil walaupun secara peribadi saya merasakan antara muka sekarang masih okey dan tiada keperluan untuk diubah.



Jika anda keliru untuk membeli Apple Watch atau tidak, saya ada berkongsi pendapat dalam video di bawah membantu membulatkan hati anda.



Dalam artikel itu juga Gurman membandingkannya dengan iOS 17 dan dapat kita faham bahawa watchOS 10 akan mengalami rombakan visual yang lebih besar berbanding iOS 17.

Sumber: Mark Gurman