Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple WWDC23

Apple WWDC23 Akan Berlangsung 5 Hingga 9 Jun, iOS 17 Antara Tumpuan

Diterbitkan Mac 30, 2023 · Dikemas kini Mac 30, 2023 oleh Amalina Athman

Apple hari ini mengumumkan acara Worldwide Developers Conference (WWDC) 2023 akan berlangsung bermula 5 hingga 9 Jun 2023. Sama seperti tahun sebelum ini, WWDC23 akan diadakan secara dalam talian, dan dibuka kepada semua pembangun secara percuma.

Berkaitan

  • Apple Kini Sokong Pembayaran Melalui ShopeePay, Begini Caranya
  • Apple Lancar Servis Terbaru, 'Apple Pay Later'

Menerusi WWDC23, ia akan menyediakan akses kepada jurutera Apple bagi mengetahui teknologi dan peralatan terbaharu, penglibatan dengan pembangun lain, serta merangkumi sesi makmal. Apple juga merancang acara khas sepanjang hari untuk pembangun dan pelajar terpilih, yang akan berlangsung pada 5 Jun di kampus Apple Park.

Antara yang paling dinanti-nanti pada acara itu, Apple akan memperlihatkan perkembangan terkini mengenai iOS, iPadOS, macOS, watchOS dan tvOS.

Sudah tentu, yang bakal menjadi tumpuan pengguna awam adalah pengumuman ciri dan fungsi sistem operasi akan datang, terutamanya iOS 17 dan iPadOS 17. Selain perisian, Apple juga dijangka akan mengumumkan pembangunan perkakasan terbaharu, yang mana antara disebut-sebut adalah set kepala AR/VR.

Sehingga itu, sama-sama kita nantikan apakah ciri dan fungsi baharu yang akan diperkenalkan pada sistem operasi akan datang.

Sumber: Apple Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY