Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ura-Ura: iOS 17 Dijangka Tampilkan Perubahan Besar Pada Control Centre

Ura-Ura: iOS 17 Dijangka Tampilkan Perubahan Besar Pada Control Centre

Diterbitkan April 6, 2023 · Dikemas kini April 6, 2023 oleh Amalina Athman

Menjelang acara WWDC23 pada Jun nanti, khabar mengenai iOS 17 mula bertiup kencang. Dalam laporan terbaharu, iOS 17 dikhabarkan bakal menampilkan perubahan besar pada Control Centre.

Berkaitan

  • Gurman: iOS 17 Dijangka Hadir Dengan Beberapa Ciri "Paling Diminta" Pengguna
  • Apple WWDC23 Akan Berlangsung 5 Hingga 9 Jun, iOS 17 Antara Tumpuan
  • watchOS 10 Akan Alami Rombakan Visual Yang Lebih Besar Berbanding iOS 17 - Mark Gurman
  • Ura-Ura: iOS 17 Mungkin Tidak Lagi Menyokong Senarai iPhone Ini

Menurut MacRumors, perkara ini didedahkan oleh sumber yang sama membocorkan butiran tepat mengenai Dynamic Island, sebelum ia diumumkan pada tahun lalu.

Sumber tanpa nama itu menyatakan bahawa iOS 17 akan tertumpu pada peningkatan prestasi dan kestabilan, sementara rombakan rekaan Control Centre boleh menjadi salah satu perubahan yang lebih menonjol dengan naik taraf perisian itu kelak.

Walau bagaimanapun, tidak dinyatakan dengan lebih spesifik mengenai perubahan untuk Control Centre, yang sebahagian besarnya kelihatan sama sejak iOS 11 dikeluarkan pada 2017.

Pada iPhone X dan lebih baharu, Control Centre boleh dibuka dengan meleret ke bawah dari sudut kanan atas skrin. Melaluinya, ia menyediakan akses mudah kepada kawalan untuk Wi-Fi, Bluetooth, kecerahan paparan, kelantangan, dan lain-lain.

Perlu diketahui, walaupun sumber itu mempunyai rekod prestasi yang terbukti, khabar angin ini masih belum disokong oleh sumber lain, dan rancangan Apple tertakluk kepada perubahan.

Sehingga itu, nantikan pengumuman mengenai iOS 17 pada acara WWDC23 kelak.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY