Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gurman: iOS 18 Dijangka Terima Kemas Kini Terbesar Dalam Sejarah iPhone

Gurman: iOS 18 Dijangka Terima Kemas Kini Terbesar Dalam Sejarah iPhone

Diterbitkan Januari 29, 2024 · Dikemas kini Januari 29, 2024 oleh Amalina Athman

Seperti sedia maklum, Apple secara tahunan akan mengeluarkan sistem operasi baharu. Dalam perkembangan terkini, Apple dilaporkan mempunyai perancangan untuk melakukan perubahan besar pada iOS 18 yang akan dilancarkan pada tahun ini.

Berkaitan

  • iOS 17.4 Akan Perkenal Sokongan Stor Aplikasi Alternatif Di Eropah
  • Apple Jelaskan Kenapa 'Sideload' Aplikasi Hanya Dihadkan Untuk Pengguna Eropah

Menerusi bahagian Q&A Power On Bloomberg, Mark Gurman berkata iOS 18 berpotensi untuk menjadi antara kemas kini perisian “terbesar” dalam sejarah iPhone.

I’m told that the new operating system is seen within the company as one of the biggest iOS updates — if not the biggest — in the company’s history. 

Selain sejumlah ciri AI baharu, Gurman mengatakan “terdapat banyak lagi” yang akan datang ke iPhone dengan iOS 18. Tahun lalu, Ketua Kejuruteraan Perisian Apple, Craig Federighi memaklumkan kepada pekerjanya bahawa sistem operasi — diberi nama kod Crystal — akan mempunyai perubahan besar secara keseluruhan.

Bagaimanapun, buat masa ini belum ada sebarang butiran lanjut mengenai ciri baharu dalam iOS 18.

iOS 18 dijangka akan dikeluarkan pada bulan September, dan beta pertama untuk pembangun akan dilancarkan semasa persidangan tahunan Apple, iaitu WWDC pada bulan Jun.

Sumber: Bloomberg, via 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY