Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16 Dilapor Bakal Tampilkan Prestasi AI Lebih Pantas

iPhone 16 Dilapor Bakal Tampilkan Prestasi AI Lebih Pantas

Diterbitkan Februari 15, 2024 ยท Dikemas kini Februari 15, 2024 oleh Amalina Athman

Cip A18 untuk model iPhone 16 akan dilengkapi Neural Engine yang dinaik taraf dengan bilangan teras lebih banyak, menurut laporan Economic Daily News.

Berkaitan

  • Gurman: iOS 18 Dijangka Terima Kemas Kini Terbesar Dalam Sejarah iPhone
  • Google Bard Kini Gemini, Versi Aplikasi Tersedia Untuk Android
  • Cara Akses Google Gemini Untuk Peranti iOS

Memetik 9to5Mac, laporan itu hampir pasti merujuk kepada Neural Engine.

This year, it will not only greatly strengthen the AI computing power of M3 and A17 processors, but also significantly increase the number of AI computing cores and performance of the new generation of M4 and A18 processors, and the carrying rate of AI applications in all product lines will be greatly improved..

Dengan penambahan teras Neural Engine kelak, prestasi untuk tugas pembelajaran mesin/AI akan dipertingkatkan. Spekulasi sebelum ini mengatakan iOS 18 akan menampilkan ciri AI Generatif baharu untuk Siri, Shortcuts,Messages, Apple Music dan banyak lagi.

CEO Apple Tim Cook dalam panggilan kewangan bulan ini juga berkata syarikat itu sedang membangunkan AI generatif dan akan berkongsi mengenainya kemudian.

Untuk rekod, berikut merupakan teras Neural Engine bagi model iPhone sedia ada:

  • iPhone 8, iPhone 8 Plus & iPhone X: 2-teras Neural Engine
  • iPhone XS, iPhone XS Max & iPhone XR: 8-teras Neural Engine
  • Semua model iPhone 11: 8-teras Neural Engine
  • Semua model iPhone 12, iPhone 13, iPhone 14 & iPhone 15: 16-teras Neural Engine

Walaupun bilangan teras tidak berubah untuk beberapa model iPhone kebelakangan ini, Apple masih meningkatkan prestasi Neural Engine. Sebagai contoh, Apple mengatakan cip A17 Pro pada iPhone 15 Pro mempunyai prestasi Neural Engine lebih pantas berbanding cip pada iPhone 14 Pro.

Bagi AI Generatif, popularitinya melonjak pada tahun 2022 selepas OpenAI mengeluarkan ChatGPT, iaitu bot sembang yang boleh menjawab soalan dan prompt lain. Google, Microsoft dan syarikat lain juga telah mengeluarkan bot sembang yang serupa, termasuk yang boleh menjana imej secara automatik, membalas pertanyaan suara dan banyak lagi.

Sumber: MacRumors, 9to5Mac

Gambar utama: Nextpit

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY