Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16_MacRumors

Kod Awal iOS 18 Dedahkan Semua Model iPhone 16 Akan Dilengkapi Cip A18

Diterbitkan Disember 21, 2023 ยท Dikemas kini Disember 21, 2023 oleh Amalina Athman

Seperti sistem operasi sebelum ini, kemas kini iOS 17 terus dilancarkan secara berkala. Dalam waktu yang sama, Apple turut membangunkan sistem operasi akan datang, iOS 18 yang akan dilancarkan pada September tahun depan.

Dalam perkembangan terbaharu, laporan mendedahkan beberapa butiran mengenai versi pembangunan awal iOS 18.

Berkaitan

  • iPhone 16 Dan 16 Plus Sekali Lagi Dikatakan Akan 'Skip' A17 Pro
  • Ini Mungkin Gambaran Awal Rekaan iPhone 16
  • iPhone 16 Akan Dilengkapi Butang Khas Baharu - Mark Gurman

Menurut sumber MacRumors, sistem operasi dengan nama kod “Crystal”, mengandungi rujukan kepada empat model iPhone yang belum dikeluarkan. Ia sejajar dengan maklumat sedia ada pada barisan iPhone 16. Kesemua model yang dirujuk ialah:

  • D47 – iPhone 16
  • D48 – iPhone 16 Plus
  • D93 – iPhone 16 Pro
  • D94 – iPhone 16 Pro Max

Kod daripada sistem operasi itu menunjukkan bahawa kesemua barisan iPhone 16 akan menggunakan cip baharu – t8140 – Tahiti, iaitu nama dalaman bagi cip A18. Cip A18 dirujuk berhubung dengan model standard iPhone 16 dan iPhone 16 Plus (dikenali secara kolektif sebagai D4y) serta iPhone 16 Pro dan Pro Max (dirujuk sebagai D9x secara dalaman).

Ia selari dengan spekulasi mengenai barisan iPhone 16, yang mengatakan terdapat perubahan ketara berbanding keluaran Apple sebelum ini.

Dalam siri iPhone 15, dua model standard menggunakan cip A16 daripada iPhone 14 Pro, manakala dua model Pro dilengkapi cip A17 Pro serba baharu yang dibina berasaskan proses 3nm.

Bagaimanapun, barisan iPhone 16 nampaknya akan menampilkan cip yang sama untuk kedua-dua model standard dan Pro. Walaupun sistem operasi menunjukkan penggunaan cip t8140 untuk kesemua model, Apple mungkin memilih untuk membezakan cip tersebut, seperti menggunakan penjenamaan A18 dan A18 Pro – dengan beberapa peningkatan yang berbeza.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY