Salah seorang peniris maklumat terkenal mendedahkan bahawa iPhone 15 kelak mungkin akan hadir dengan sisi panel di belakang yang melengkung, bukan lagi rata seperti iPhone 12 hingga iPhone 14.
So the new iPhone 15
From the early information that I have, the iPhone 15 will feature a new border design. The back edge corner (as pointed out in the images) will be rounded and not square anymore.
The material also will be titanium.
Still very early to take it as it is. pic.twitter.com/hbdCKUhVP9— ShrimpApplePro ? (@VNchocoTaco) November 20, 2022
Menariknya, bucu sisi hadapan pula bagaimanapun akan kekal rata. Ini bermakna ia akan mempunyai bentuk fizikal sama seperti iPhone 5C dan MacBook Pro 14 dan 16 inci keluaran terkini.
Namun, panel belakangnya masih kekal menggunakan kaca.
Jadi, pengguna tidak akan berasa ketajaman sisi telefon ketika memegangnya tanpa kerangka pelindung.
Malah, turut dikongsikannya bahawa bingkai kali ini akan diperbuat daripada titanium, yang mana antara bahan paling tahan hari ini.
Ini bermakna ia tidaklah 100% seperti iPhone 5C yang belakang dan sisinya dalam satu kerangka. Sebaliknya, iPhone 15 akan ada dua bahagian berbeza yang disambung iaitu kaca panel belakang dan sisi tepi titanium.
Further explanation: all of this edges will be rounded. pic.twitter.com/BE5yaxejqv
— ShrimpApplePro ? (@VNchocoTaco) November 20, 2022
Apple Watch Ultra misalnya bertubuhkan titanium.
Walau bagaimanapun, cadangan masih di peringkat awal. Jadi, jangan terlalu teruja atau bersedih.
Kalaulah benar titanium akan digunakan, pastinya harga model iPhone 15 kelak akan meningkat lebih tinggi.
{suggest}
Sumber: ShrimpApplePro