Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 14 Pro

Ini Harga Yang Perlu Dibayar Jika Skrin Dan Bahagian Belakang iPhone 14 Anda Pecah

Diterbitkan November 10, 2022 · Dikemas kini November 10, 2022 oleh ariff bukhari

Apple telah pun melancarkan siri iPhone 14 di Malaysia dengan harga bermula dari RM4,199 bagi iPhone 14, RM4,699 bagi model iPhone 14 Plus.

Bagi model pro pula, harga iPhone 14 Pro dan Pro Max masing-masing adalah bermula dari RM5,299 dan RM5,799.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya berapakah harga bagi menukarkan skrin iPhone itu pula jika berlaku insiden sehingga merosakkan skrin siri iPhone 14 tersebut.

Berdasarkan semakan di laman rasmi salah sebuah syarikat penjual rasmi yang turut  menawarkan perkhidmatan baik pulih sah untuk produk-produk Apple di Malaysia iaitu Machine, harga bagi menukar skrin model iPhone 14 adalah RM1,499.

Untuk model iPhone 14 Pro pula, kos menukar skrin peranti tersebut adalah RM1,699.

Manakala bagi model iPhoen 14 Pro Max pula memakan kos sebanyak RM1,999.

Machines menyatakan, harga baik pulih itu termasuklah caj buruh RM70 dan cukai.

Berkaitan

  • Kemas Kini iOS 16.1.1 Dilepaskan Dengan Pembetulan Pepijat
  • Bekas Eksekutif Facebook Bakal Mula Berkhidmat Untuk Apple
  • iPad Pro Baharu Dan iPad Gen-10 Kini Tersedia Untuk Pasaran Malaysia

Semakan di satu lagi pusat servis bertauliah Apple di Malaysia iaitu Switch pula menawarkan harga yang sedikit berbeza.

Harga menukar skrin iPhone 14 dengan Switch adalah RM1,500 termasuk dengan diagnosis yang berharga RM100.

Tetapi Switch juga menyatakan dengan jelas bahawa sekiranya dikesan sebarang modifikasi pada peranti tersebut, kos keseluruhan baik pulih skrin iPhone 14 akan menjadi sedikit mahal iaitu RM1,530.

Selain harga menukar skrin iPhone 14, Switch juga memaparkan harga bagi menggantikan bahagian belakang iPhone tersebut yang lebih mahal harganya.

Sebagai contoh, harga bagi menukar bahagian belakang iPhone 14 Pro Max berharga RM3,150.

Anda boleh menyemak senarai harga baik pulih oleh Switch bagi siri iPhone 14 dalam rajah di bawah.

harga repair iphone 14

harga repair iphone 14 2

Sumber: Switch Apple Premium Reseller,Machines

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY