Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Cara Buat ‘Mockup’ Tangkap Layar Untuk iPhone

Ini Cara Buat ‘Mockup’ Tangkap Layar Untuk iPhone

Diterbitkan November 9, 2022 · Dikemas kini November 26, 2024 oleh Amalina Athman

Apple Frames Shortcut yang dihasilkan oleh Federico Viticci MacStories telah dikemas kini dengan versi baharu.

Melalui kemas kini Apple Frames 3.3, ia menambah sokongan bingkai baharu untuk semua peranti yang dilancarkan pada tahun 2024, termasuk barisan iPhone 16, iPad dan Apple Watch Series 10.

Berkaitan

  • Tak Perlu Guna Aplikasi Lain, Akhirnya Ciri Yang Ditunggu-Tunggu Kini Hadir Pada Aplikasi Photos iOS 16
  • Ini Cara Ubah Paparan Notifikasi iPhone Pada iOS 16
  • Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang 'iCloud Shared Photo Library' Pada iOS 16.1

Bagi anda yang tidak pernah menggunakan Apple Frames sebelum ini, ia merupakan ‘tool’ yang membolehkan bingkai atau frame ditambah pada tangkap layar dengan menggunakan aplikasi Shortcuts.

Dengan Apple Frames 3.3, ia menambah sokongan bingkai baharu untuk iPhone 15 Pro/Pro Max dengan penambahbaikan berbanding bingkai iPhone 14 Pro/Pro Max.

Peranti yang menyokong Apple Frames 3.3

Menurut MacStories, Apple Frames 3.3 sepatutnya menyokong sejumlah peranti Apple di bawah:

  • iPhone 8/SE dan terbaharu
  • Apple Watch S4/5/6/7/ 8/9/10/Ultra
  • iPad Pro (11”, 12.9″ dan 13”, model 2018-2024)
  • iPad Air (10.9”, model 2020-2024)
  • iPad mini (2021/2024)
  • iMac (24”, 2021/2024)
  • MacBook Air (2020-2022)
  • MacBook Pro (2021-2024)

Cara pasang Apple Frames 3.3 pada iPhone

Untuk memasang Apple Frame 3.3, ikuti langkah di bawah:

1. Pergi ke pintasan Apple Frames 3.3 melalui pautan ini.

2. Kemudian, tekan pada “Set Up Shortcut”. Secara default, penulis memilih File untuk sumber tangkap layar dan destinasi bingkai disimpan. Kemudian, tekan Next > Next.

Ini Cara Buat ‘Mockup’ Tangkap Layar Untuk iPhone
Ini Cara Buat ‘Mockup’ Tangkap Layar Untuk iPhone
Ini Cara Buat ‘Mockup’ Tangkap Layar Untuk iPhone

3. Seterusnya, kekalkan “False” jika mahu lihat tangkap layar terkini atau ubah kepada “True” untuk melihat tangkap layar yang lebih lama dahulu. Setelah itu, klik “Add Shortcut”. Selesai.

Ini Cara Buat ‘Mockup’ Tangkap Layar Untuk iPhone

Cara buat bingkai tangkap layar

1. Pergi ke tab “Shortcuts”, tekan pada Apple Frames > Allow dan klik “Always Allow”. Tunggu beberapa ketika dan kemudian tekan “OK”.

Ini Cara Buat ‘Mockup’ Tangkap Layar Untuk iPhone
Ini Cara Buat ‘Mockup’ Tangkap Layar Untuk iPhone
Ini Cara Buat ‘Mockup’ Tangkap Layar Untuk iPhone

2. Pilih imej tangkap layar yang ingin dibingkaikan. Kemudian tekan “Save to Photos” atau mana-mana pilihan yang tersedia untuk lokasi simpanan imej dengan bingkai tersebut. Setelah itu, tekan “Always Allow”.

Ini Cara Buat ‘Mockup’ Tangkap Layar Untuk iPhone
Ini Cara Buat ‘Mockup’ Tangkap Layar Untuk iPhone
Ini Cara Buat ‘Mockup’ Tangkap Layar Untuk iPhone

Selesai.

Ini Cara Buat ‘Mockup’ Tangkap Layar Untuk iPhone

Itu sahaja tips untuk kali ini. Jika ada sebarang pertanyaan mahupun cadangan, tinggalkan komen anda di bawah.

Sumber: MacStories

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY