Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
USB-C iPhone

Kuo: Hanya Model iPhone 15 Pro Dijangka Menyokong USB-C Berkelajuan Tinggi

Diterbitkan November 17, 2022 · Dikemas kini November 17, 2022 oleh Amalina Athman

Seperti yang diketahui sebelum ini, barisan iPhone 15 dijangka akan beralih kepada port USB-C. Terkini, penganalisis terkenal Ming-Chi Kuo melaporkan bahawa hanya model iPhone 15 Pro dijangka akan menyokong kelajuan pemindahan data berwayar yang lebih tinggi.

Berkaitan

  • Greg Joswiak Sahkan iPhone Akan Guna USB-C
  • Apple Belum Bersedia, iPhone 15 Dijangka Kekal Guna Cip Modem 5G Qualcomm
  • Konsep iPhone 15, Mungkin Ini Rekaan Yang Akan Digunakan Apple

Menurut Kuo, walaupun semua model ‌iPhone 15‌ akan menampilkan port USB-C dan bukannya port Lightning, kelajuan pemindahan data yang lebih pantas akan dihadkan kepada dua model ‌andalan iaitu iPhone 15‌ Pro dan iPhone 15 Pro Max. Sementara itu, dua model asas ‌iPhone 15‌ akan terus menyokong kelajuan USB 2.0, sama seperti Lightning.

(5/7)
My latest survey indicates all 2H23 new iPhones will abandon Lightning and change to USB-C, but only two high-end models (15 Pro & 15 Pro Max) will support the wired high-speed transfer, and the two standard ones (15 & 15 15 Plus) still support USB 2.0 same as Lightning.

— 郭明錤 (Ming-Chi Kuo) (@mingchikuo) November 17, 2022

Dalam pada itu, Kuo turut menjangkakan model Pro dan Pro Max ini akan menyokong sekurang-kurangnya USB 3.2 atau Thunderbolt 3. Dengan naik taraf spesifikasi itu, ia membolehkan model ‌iPhone 15‌ Pro memindahkan fail video dan jenis fail lain pada kelajuan yang lebih pantas, yang mana Kuo meramalkan pengalaman pengguna akan bertambah baik dengan ketara.

Untuk rekod, kelajuan pemindahan data bagi USB 2.0 dihadkan kepada 480Mbps, manakala USB 3.2 menyokong kelajuan sehingga 20Gbps. Thunderbolt 3 menyokong kelajuan pemindahan data sehingga 40Gbps.

Jika benar jangkaan Kuo, akan terdapat perbezaan yang ketara dalam kelajuan pemindahan data berwayar antara model Pro dan bukan Pro bagi ‌iPhone 15‌.

Gambar utama: Macworld

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY