Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
download (1)

UPM Terima 2 Unit Perodua Bezza Untuk Pembangunan Aplikasi Mobiliti Pintar

Diterbitkan April 7, 2026 oleh ariff bukhari

Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) telah menjalin kerjasama strategik dengan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (PERODUA) bagi memperkukuh penyelidikan dan inovasi mobiliti pintar.

Inisiatif ini bertujuan menyokong pembangunan teknologi automotif masa hadapan yang lebih lestari, berdaya saing dan berteraskan kecerdasan buatan.

Sebagai simbol komitmen, PERODUA menyerahkan dua unit Perodua Bezza kepada UPM untuk pembangunan aplikasi “Smart Mobility” yang berpotensi untuk dimanfaatkan dalam projek-projek syarikat itu di masa hadapan.

“Setakat ini, kami amat menggalakkan dengan kemajuan yang dicapai oleh FSKTM dalam membangunkan aplikasi berfungsi serta sistem telematik bagi prototaip perkhidmatan sewaan kereta.” wakil PERODUA.

PERODUA memaklumkan bahawa inisiatif “Smart Mobility” itu merupakan sebahagian daripada agenda lebih besar syarikat berkenaan yang dikenali sebagai “Mobility as a Lifestyle”, iaitu pendekatan baharu yang memperluas fungsi kenderaan dalam kehidupan masa hadapan.

Kerjasama ini turut membuka peluang kepada pelajar melalui Projek Tahun Akhir (FYP) untuk terlibat dalam penyelidikan sistem pengangkutan pintar dan teknologi generasi baharu.

Dengan kepakaran penyelidik UPM, usaha ini dijangka memperkukuh ekosistem automotif negara serta melahirkan graduan yang bersedia menghadapi cabaran industri global.

Kerjasama ini juga bukanlah yang kali pertama di mana sebelum ini UPM pernah turut sama terlibat PERODUA dalam pembangunan prototaip kereta elektrik (EV) berasaskan model Perodua Myvi.

Berkaitan

  • UPM Bangunkan Kereta Lumba Formula Dari Enjin Motosikal Yamaha MT07, Wakil Malaysia Ke Jepun
  • Projek Prototaip Perodua MyVi EV Ini Adalah Hasil Buah Tangan Pasukan Penyelidik UPM
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY