Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UPM Kereta lumba

UPM Bangunkan Kereta Lumba Formula Dari Enjin Motosikal Yamaha MT07, Wakil Malaysia Ke Jepun

Diterbitkan Julai 24, 2024 · Dikemas kini Julai 24, 2024 oleh ariff bukhari

Pasukan Putra Motorsport Team (PMT) dari Fakulti Kejuruteraan (FK), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melancarkan kereta lumba formula dibangunkan sepenuhnya oleh pelajar fakulti universiti tersebut.

Pembangunan kereta lumba itu yang menggunakan enjin dari motosikal Yamaha MT07 melibatkan 44 pelajar bidang Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik serta dibantu oleh 13 penasihat teknikal dari kalangan staf.

UPM Kereta lumba 1
Kereta lumba UPM, Putra 1 dibangunkan dengan menggunakan enjin dari motosikal Yamaha MT07 yang mempunyai kapasiti 689 cc menghasilkan kuasa sebanyak 75 hp pada 9000 rpm dan daya kilas sebanyak 68 Nm pada 6500 rpm.

Dikenali sebagai Putra 1, pembangunan kereta formula tersebut melibatkan perancangan yang sangat teliti dan idea tersebut kemudiannya diterjemahkan ke dalam bentuk lukisan berkomputer.

“Kami juga melalui pelbagai siri analisis untuk memastikan kereta tersebut memenuhi standard piawaian yang ditetapkan oleh penganjur dan kesemua proses ini melibatkan kemahiran pelajar dari segi teknikal, serta pengurusan,” Ketua pasukan Putra Motorsport Team (PMT), FK, UPM., Chiew Weng Lam, 23.

UPM Kereta lumba 2

Beliau menjelaskan, rangka kereta lumba mereka itu dibangunkan menggunakan keluli kromoly dengan struktur badan kereta dari gentian karbon dengan anggaran berat kereta sekitar 320 kg.

“Proses fabrikasi kemudian dilakukan sehingga kereta selesai dibangunkan serta melibatkan pelbagai peralatan canggih antaranya mesin kimpalan canggih, mesin larik, CNC dan juga mesin pencetak 3D.”

Kereta lumba formula Putra 1 ini akan mewakili Malaysia dalam Pertandingan Perlumbaan Formula SAE Jepun 2024 (FSAEJ 2024) pada September ini yang akan berlangsung di Tokoname City, Aichi, Jepun.

Berkaitan

  • ESR Perkenal Dompet Dengan Sokongan 'Find My' Terbina
  • PayNet Perkenal Program Akar, Tawar Latihan AWS Cloud Percuma Untuk Generasi Muda

Sumber: UPM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY