Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google (Photo by Josh Edelson : AFP)

Demi AI, Google Sanggup Berhutang Selama 100 Tahun

Diterbitkan Februari 11, 2026 ยท Dikemas kini Februari 11, 2026 oleh ariff bukhari

Syarikat induk Google, Alphabet, akan menerbitkan bon yang matang dalam tempoh 100 tahun sebagai sebahagian daripada usaha membiayai pelaburan besar-besaran dalam infrastruktur kecerdasan buatan (AI), menurut data yang diterbitkan Bloomberg pada Selasa.

Gergasi teknologi Lembah Silicon itu dilaporkan menyasarkan kutipan sekitar AS$20 bilion secara keseluruhan, termasuk melalui penerbitan bon yang matang pada Februari 2126.

Minat pelabur terhadap sektor AI begitu tinggi sehingga pesanan pembelian mencecah kira-kira AS$100 bilion.

Alphabet tidak memberikan maklum balas terhadap permintaan komen.

Alphabet bersama pesaing seperti Amazon, Meta dan Microsoft kini membelanjakan jumlah besar untuk membangunkan pusat data, penjanaan tenaga dan infrastruktur pengkomputeran bagi menyokong perlumbaan AI.

Tahun lalu, Alphabet memperuntukkan AS$91 bilion untuk infrastruktur pengkomputeran dan menjangkakan perbelanjaan antara AS$175 bilion hingga AS$185 bilion tahun ini.

Penerbitan bon 100 tahun jarang dilakukan syarikat AS dengan kali terakhir adalah pada era 1990-an melibatkan syarikat seperti Disney, Coca-Cola, FedEx, Ford dan Motorola.

Langkah ini menunjukkan keperluan pembiayaan luar biasa dalam era perlumbaan AI. – AFP.

Berkaitan

  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • Meta Diberi Amaran, Buka WhatsApp Kepada Chatbot AI Pesaing
  • YouTube Bukan Media Sosial, Bukan Punca Ketagihan - Peguam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu - Apple Home Collection
  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
  • Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • Senarai Penuh Peranti OPPO, OnePlus Dan realme Yang Dijadual Terima Kemas Kini ColorOS 17
  • OPPO Kerjasama Dengan Manus, Bawakan Keupayaan AI Berasaskan Ejen Ke Telefon Pintar
  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
©2026 WISER.MY