Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

YouTube Bukan Media Sosial, Bukan Punca Ketagihan – Peguam

Diterbitkan Februari 11, 2026 · Dikemas kini Februari 11, 2026 oleh ariff bukhari

Seorang peguam YouTube menegaskan bahawa platform video milik Google itu bukan media sosial dan tidak direka untuk menyebabkan ketagihan, ketika perbicaraan penting di Amerika Syarikat memasuki hari kedua.

YouTube dan Meta — syarikat induk Instagram dan Facebook — menjadi defendan dalam perbicaraan sivil di Los Angeles yang berpotensi mewujudkan duluan undang-undang sama ada gergasi media sosial sengaja mereka platform untuk menyebabkan ketagihan dalam kalangan kanak-kanak.

“Ia bukan ketagihan media sosial apabila ia bukan media sosial dan bukan ketagihan,” kata peguam Luis Li kepada 12 juri dalam hujah pembukaannya.

Kes itu melibatkan dakwaan bahawa seorang wanita berusia 20 tahun, dikenali sebagai Kaley G.M., mengalami gangguan mental serius selepas didakwa ketagih media sosial sejak kecil.

Beliau mula menggunakan YouTube pada usia enam tahun sebelum menyertai Instagram, Snapchat dan TikTok.

Li berhujah bahawa plaintif tidak ketagih YouTube dan memetik kenyataan beliau, doktornya serta bapanya sebagai bukti.

Sementara itu, pihak plaintif menuduh YouTube dan Meta sengaja membina mekanisme ketagihan demi keuntungan.

Profesor Perubatan Universiti Stanford, Anna Lembke, memberi keterangan bahawa media sosial boleh bertindak seperti “dadah”, terutama terhadap remaja yang belum matang sepenuhnya dari segi kawalan impuls.

Keputusan kes ini dijangka mempengaruhi ratusan saman serupa di seluruh Amerika Syarikat. – AFP.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Platform Media Sosial Lebih 8 Juta Pengguna Di Malaysia 'Disifatkan Berdaftar' - Berkuat Kuasa 1 Januari 2026
  • Chatbot AI Didapati Beri Nasihat Kesihatan Tidak Tepat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY