Unifi Tawar Saluran TV Percuma Sehingga 31 Mac

Seperti sedia maklum, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Dengan pelaksanaan tersebut, rakyat Malaysia diminta untuk berada di rumah jika tiada keperluan penting.

[embed]https://twitter.com/unifi/status/1240192481498546177[/embed]

Sehubungan dengan itu, Telekom Malaysia tidak ketinggalan untuk menawarkan akses semua saluran Unifi TV secara percuma. Semua pelanggan Unifi dengan langganan residential broadband akan menerima akses percuma bagi seluruh saluran bermula hari ini sehingga 31 Mac 2020. Saluran tersebut termasuk National Geographic, tvN, Fox Movies, dan banyak lagi.

Sebelum ini, Astro terlebih dahulu telah mengumumkan kesemua pelanggan akan menikmati tontonan percuma untuk seluruh saluran bermula 18 Mac sehingga 31 Mac ini. Bagi pelanggan dengan pek langganan Astro Sport, akses percuma semua saluran (tidak termasuk tayangan pay-per-view dan acara) ditawarkan sehingga 30 April 2020.