Kesemua Saluran Movie Astro Boleh Ditonton Secara Percuma Sehingga 31 Mac

Sehubungan dengan perintah kawalan pergerakan, Astro hari ini mengumumkan mereka akan menawarkan tontonan percuma untuk seluruh saluran filem sehingga 31 Mac ini.

Enjoy complimentary access to all movie channels on Astro until March 31. — Picture courtesy of Astro

Bermula 6 pagi esok (18 Mac 2020), kesemua pelanggan boleh menontonnya pada Astro dan platform mudah-alih Astro Go. Saluran filem yang terlibat adalah:

  • BOO

  • HBO

  • Cinemax

  • FOX Movies

  • FOX Family Movies

  • FOX Action Movies

  • tvN Movies

  • Celestial Movies

  • Astro Citra

  • Tayangan Hebat

  • Thangathirai

  • BollyOne

  • HITS Movies

  • Celestial Classic Movies


Untuk pelanggan NJOI pula, mereka akan ditawarkan dua saluran  tambahan percuma iaitu KIX dan Nat Geo WILD juga pada tempoh sama.

Menurut Astro, mereka komited untuk menawarkan perhidmatan dan hiburan terbaik ketika rakyat Malaysia menghadapi wabak Covid-19 ini. Untuk maklumat lanju, boleh layari laman rasmi Astro.