Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
semak tempat undi

PRU15: Cara Semak Daftar Undi Dan Kawasan Parlimen, DUN

Diterbitkan Januari 13, 2022 · Dikemas kini Oktober 11, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Sekarang, semua individu warganegara 18 tahun dan ke atas akan didaftarkan sebagai pengundi secara automatik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ya, anak-anak muda kini tidak perlu menjalani proses yang panjang untuk mendaftar undi seperti ibu bapa mereka dulu.

Berkaitan

  • Kerajaan Mula Uji Pemberian Subsidi Petrol, Diesel Melalui e-Dompet
  • Ramai Tak Sedar, Ini Benda Wajib Anda Buat Sejurus Memiliki Kad TNG
  • Cara Ketahui Harga Sebenar Produk Di Shopee Dan Lazada Sebelum "Diskaun"
  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Buat Sendiri, Ini Cara Tambah Wang Ke Dalam Akaun KWSP Melalui Aplikasi i-Akaun
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Guna Cara Ini Untuk Tahu Serta-Merta Bila Kad TNG NFC 'Ready Stock' Di Lazada
  • MenKOMM Perjelas Kekeliruan Peratusan Capaian 5G

Pindaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran secara automatik telah diwartakan secara rasmi dan mula berkuat kuasa 15 Disember 2021.

Mana-mana pilihan raya yang dijalankan selepas 16 Januari 2022 akan melibatkan pengundi berumur 18 tahun. Dengan #Undi18 menjadi kenyataan, ia menyaksikan peningkatan pengundi sekitar 40%.

SPR juga akan mengemas kini nama pengundi secara automatik pada 16 hari bulan setiap bulan dan rakyat Malaysia boleh menyemaknya di laman web SPR ataupun aplikasi mereka.

myspr semak

Sebagai contoh, jika hari lahir ke-18 anda jatuh pada 20 Mei, maka nama anda akan disenarai dalam senarai pengundi pada 16 Jun. Anda tidak perlu melakukan pendaftaran seperti sebelum ini yang mengambil masa sehingga 3 bulan sebelum disenarai.

Cara semak daftar mengundi

  • Laman web MySPRSemak
    • Klik SINI untuk ke laman web tersebut
  • Aplikasi MySPR Semak
    • Klik SINI untuk muat turun di App Store (iOS)
    • Klik SINI untuk muat turun di Play Store (Android)

Dr. Azmi juga meminta pengundi untuk memastikan alamat pada kad pengenalan mereka ialah alamat terkini supaya melancarkan proses pengundian mereka nanti.

Pendaftaran pemilih secara automatik ini melibatkan kerjasama rapi dengan badan kerajaan lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia.

Sumber: MalayMail

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY