Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5G NETWORK

MenKOMM Perjelas Kekeliruan Peratusan Capaian 5G

Diterbitkan Oktober 6, 2022 ยท Dikemas kini Oktober 6, 2022 oleh Amalina Athman

Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa hari ini menjelaskan kekeliruan mengenai peratusan capaian 5G di bandar-bandar utama.

Beliau berkata, peratusan capaian 5G yang disasarkan mencapai 40% pada akhir tahun 2022 adalah merujuk kepada penyediaan prasarana oleh Digital Nasional Berhad (DNB).

Sehingga kini, prasarana telah disediakan di lebih 2,000 lokasi. Akan tetapi, perkhidmatan rangkaian 5G kepada pengguna perlu dilaksanakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi yang mempunyai lesen.

Berkaitan

  • 1,000 Sekolah Akan Terima 5G, DNB Dan MCMC Sedia Jalin Kerjasama
  • DNB Sasar 40% Liputan Rangkaian 5G Menjelang Akhir Tahun Ini

Sebagai tambahan, Annuar berkata kelewatan bagi perkhidmatan capaian 5G untuk pengguna berlaku berikutan hanya empat syarikat telekomunikasi menerima dan menjadi pemegang saham DNB, walaupun enam syarikat ditawarkan menjadi pemegang saham DNB.

Setelah kesemua empat syarikat menandatangani perjanjian akses nanti, barulah bekalan kepada pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan 5G akan diperoleh.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan secara keseluruhannya, kemajuan peratusan liputan 4G di Sabah kini meningkat kepada 87.55% pada suku kedua tahun ini, berbanding 73.41% sebelum pelaksanaan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY