Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UM & BMW

UM & BMW Perkenal Stesen Pengecas Telefon Dari Bateri EV Terpakai

Diterbitkan Ogos 5, 2026 ยท Dikemas kini Ogos 5, 2026 oleh ariff bukhari

Universiti Malaya (UM) hari ini telah memperkenalkan Smartphone Charging Station di UM Sentral.

Menariknya, stesen pengecas peranti mudah alih ini dikuasakan oleh tenaga solar yang disimpan dalam bateri terpakai (second-life EV battery) BMW Group Malaysia.

Pembangunan stesen ini adalah hasil kerjasama erat UMPEDAC, Pusat Pembangunan Mampan Universiti Malaya (UMSDC), Pejabat Ketua Pegawai Fasiliti UM, dan BMW Group Malaysia.

UM & BMW 2
UM & BMW 1

Lebih membanggakan, stesen ini dibina serta dipasang sepenuhnya oleh pelajar UM sendiri bawah bimbingan penyelidik UMPEDAC dan ia berjaya disiapkan dalam tempoh satu hari sahaja.

Langkah inovatif ini bukan sahaja menyokong aspirasi UM sebagai kampus rendah karbon, malah membuktikan bahawa bateri kenderaan elektrik terpakai masih mempunyai nilai tinggi untuk ekosistem tenaga bersih.

Teknologi bateri second-life ini juga mula memperkasakan komuniti Orang Asli di Pahang, sekali gus membekalkan akses tenaga elektrik yang lebih hijau, selamat, dan berterusan.

BMW Group Malaysia dan Universiti Malaya (UM) pada April lalu telah pun menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi meneroka aplikasi bateri kenderaan elektrik (EV) terpakai untuk kegunaan komuniti.

Melalui kerjasama ini, bateri EV yang sudah digunakan akan disalurkan ke Pusat Penyelidikan Tenaga (UMPEDAC) bagi kajian penyimpanan tenaga mampan.

Berkaitan

  • BMW Dan UM Teroka Potensi Bateri EV Terpakai Untuk Simpanan Tenaga
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • CelcomDigi Cipta Sejarah Raih Dua Rekod Dunia Guinness Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY