Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BMW Dan UM Teroka Potensi Bateri EV Terpakai Untuk Simpanan Tenaga

BMW Dan UM Teroka Potensi Bateri EV Terpakai Untuk Simpanan Tenaga

Diterbitkan April 7, 2026 · Dikemas kini April 7, 2026 oleh ariff bukhari

BMW Group Malaysia dan Universiti Malaya (UM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi meneroka aplikasi bateri kenderaan elektrik (EV) terpakai untuk kegunaan komuniti.

Melalui kerjasama ini, bateri EV yang sudah digunakan akan disalurkan ke Pusat Penyelidikan Tenaga (UMPEDAC) UM bagi kajian penyimpanan tenaga mampan.

Projek ini turut melibatkan UMCares dan  Pusat Pembangunan Mampan UM (UMSDC) untuk membangunkan penyelesaian tenaga bagi kawasan luar bandar.

Inisiatif ini sekali gus menyokong usaha ekonomi kitaran dengan memanjangkan hayat bateri EV, selain mengurangkan sisa dan meningkatkan integrasi tenaga boleh diperbaharui.

“Di Universiti Malaya, kami telah berada di barisan hadapan dalam penyelidikan penyimpanan tenaga, dan kerjasama ini membolehkan kami bekerjasama dengan sistem bateri berkualiti premium untuk membangunkan penyelesaian praktikal untuk cabaran penyimpanan tenaga.” Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, Naib Canselor Universiti Malaya.

Perkongsian ini akan merangkumi penyelidikan dan pembangunan kes penggunaan teknikal untuk bateri hayat kedua, perkongsian pengetahuan dan pembinaan kapasiti antara pakar teknikal BMW Group Malaysia, fakulti dan pelajar UM.

Kerjasama ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penyelidikan akademik, tetapi juga membuka jalan kepada pembangunan tenaga alternatif yang mampan untuk aplikasi di dalam kampus serta kawasan luar bandar di Malaysia.

Berkaitan

  • BMW Akan Guna Gentian Dari Bahan Semula Jadi Pada Model M, Kurangkan 40% Jejak Karbon
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • BMW Rancang Guna Robot Humanoid Di Kilang Pemasangan Kereta Di Jerman

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY