Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CelcomDigi Cipta Sejarah Raih Dua Rekod Dunia Guinness Baharu

CelcomDigi Cipta Sejarah Raih Dua Rekod Dunia Guinness Baharu

Diterbitkan Ogos 5, 2026 · Dikemas kini Ogos 5, 2026 oleh ariff bukhari

CelcomDigi Berhad melakar sejarah baharu apabila meraih dua pengiktirafan dari Guinness World Records™ menerusi kempen ‘Mega Gegar 20 Juta Live’.

Kejayaan ini dicapai melalui penstriman langsung promosi selama 42 jam tanpa henti, yang berlangsung dari 31 Julai hingga 1 Ogos 2026.

Dihoskan oleh 29 kakitangan barisan hadapan, acara ini disiarkan di TikTok dan YouTube, sekaligus mencatatkan rekod bagi ‘Penstriman Langsung Iklan Promosi Terpanjang’ dan ‘Kedai Paling Banyak Menyertai dalam Penstriman Langsung Iklan Promosi’.

Sebanyak 20 buah kedai di seluruh negara terlibat, sekali gus mempamerkan skala rangkaian runcit CelcomDigi yang luas serta keupayaan rangkaiannya yang stabil dan selamat.

CelcomDigi Cipta Sejarah Raih Dua Rekod Dunia Guinness Baharu

Ketua Perkhidmatan Jenama dan Pemasaran CelcomDigi, Chan May Ling, menyatakan bahawa pencapaian ini membuktikan dedikasi syarikat dalam menyampaikan pengalaman yang terbaik kepada pelanggan.

Melalui rangkaian yang merangkumi 97% kawasan berpenduduk di Malaysia, CelcomDigi kini merupakan pengendali rangkaian mudah alih terbesar di Malaysia dengan lebih 20.4 juta pengguna.

Berkaitan

  • CelcomDigi Lancar Gudang Pintar Termaju 5G-SA Pertama Di Malaysia, Tingkat Kecekapan Operasi Sehingga 50%
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • CelcomDigi Kini Tawar Yuran Ansuran 0% Untuk Telefon Pintar Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY