Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MSI Laptop

(Ulasan) MSI Modern 14 – Kerja Jadi Senang Dengan Komputer Riba Ni

Diterbitkan Disember 27, 2022 · Dikemas kini Disember 27, 2022 oleh ariff bukhari

Jika anda masih pening tercari-cari atau memilih sebuah komputer riba mampu milik dan berprestasi yang mampu melancarkan kerja-kerja harian anda, MSI adalah jenama komputer riba yang patut anda beri perhatian.

Ini kerana mereka ada menawarkan barisan komputer riba yang sesuai mengikut keperluan anda dan salah satunya adalah model MSI Modern 14.

MSI Modern 14 C12M

Pada awalnya penulis agak skeptikal dengan komputer riba MSI ini. Ini kerana dari rupa luarannya ia memang kelihatan tidak begitu menarik.

Tetapi selepas menggunakannya, MSI Modern 14 memberikan satu persepktif baharu bahawa komputer riba harga bajet tidaklah semuanya mengecewakan.

(Ulasan) MSI Modern 14 – Kerja Jadi Senang Dengan Komputer Riba Ni

Spesifikasi

Komputer riba MSI Modern 14 ini dilengkapi dengan perkakasan terkini seperti cip pemprosesan dari Intel Ader Lake i5-1235U Gen 12 (2.5GHz), stroran pantas SSD NVMe PCIe Gen3 berkapasiti 512GB dan RAM DDR IV terbina 8GB (3200MHz).

MSI Laptop

Paparannya adalah menggunakan panel IPS bersaiz 14 inci FHD (1920*1080) dengan kadar segar 60Hz, kuasa gafik dari cip GPU Intel Iris Xe serta dilengkapi dengan sambungan tanpa wayar Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.2.

Sistem operasinya pula menggunakan Windows 11 Home.

Ringan dan lancar

Saiz kompak 14 inci menjadikan MSI Modern 14 ini begitu ringan dan selesa dibawa ke mana sahaja serta sesuai digunakan dalam pelbagai keadaan sama ada di dalam mahupun luar pejabat.

Sepanjang menggunakannya, cip Intel i5 Gen 12 memberikan prestasi yang memuaskan dan Windows 11 Home pula sangat lancar beroperasi.

MSI Laptop
Skrin boleh dibuka sehingga 180 darjah.
MSI Laptop

Melakukan pelbagai kerja seperti tugasan-tugasan melibatkan kerja atas talian, langsung tiada sebarang isu penulis hadapi.

Malah paparan anti silaunya penulis amat hargai kerana ia bertindak cemerlang dengan menyampaikan kualiti imej dan video yang cukup memberangsangkan.

Walaubagaimanapun…

Isu

Cuma terdapat sedikit isu yang ingin penulis ketengahkan ada pada komputer riba ini. Salah satu isu yang menjengkelkan adalah kuasa bateri komputer riba ini tidak tahan lama.

Sepanjang pengalaman menggunakan komputer riba ini dengan kuasa bateri, ia hanya mampu bertahan sekitar 6 jam sahaja. Itu pun selepas sistem kuasa Windows komputer riba ini ditetapkan kepada mod Best power efficiency.

(Ulasan) MSI Modern 14 – Kerja Jadi Senang Dengan Komputer Riba Ni

Pengecas bateri pula didatangkan dengan pengecas 65w menerusi sambungan DC-in. Tetapi tak mengapa kerana anda boleh sahaja mengecas komputer riba ini dengan menggunakan pengecas USB-C yang boleh disambungkan pada sambungan USB-C 3.2 nya yang turut menyokong pengecasan bateri.

(Ulasan) MSI Modern 14 – Kerja Jadi Senang Dengan Komputer Riba Ni

Kualiti binaan juga menjadi isu pada penulis di mana ia terasa tidak teguh di mana bahagian permukaan papan kekunci apabila ditekan sedikit kuat boleh dilihat dan rasa ia melendut.

Berpatutan

Secara keseluruhan, MSI Modern 14 ini adalah sebuah komputer riba yang amat sesuai untuk anda melakukan kerja-kerja pejabat.

Maka tidak hairanlah komputer riba ini diletakkan di bawah kategori Perniagaan dan Produktiviti oleh MSI.

(Ulasan) MSI Modern 14 – Kerja Jadi Senang Dengan Komputer Riba Ni

Ringan, nipis dan prestasi yang memuaskan serta tag harga jualannya di bawah RM3 ribu sahaja, sekaligus menjadikan MSI Modern 14 sebagai sebuah komputer riba moden yang berpatutan dan mampu milik.

MSI Modern 14 C12M ditawarkan dalam 2 warna menarik iaitu black dan silver yang sudah boleh dibeli di stor rasmi Shopee MSI dan Lazada.

Berkaitan

  • (Ulasan) ASUS Vivobook 16X - Laptop Skrin Besar 16 Inci Dan Berprestasi Mampu Milik
  • HP ZBook Studio G9 - Komputer Riba Workstation Yang Sangat Berkuasa Tapi Kenapa "Boring"
  • (Ulasan) Lenovo IdeaPad V14 G2 ITL - 'Laptop' Paling Berbaloi Bawah RM1,500

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY