Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HP ZBook Studio

HP ZBook Studio G9 – Komputer Riba Workstation Yang Sangat Berkuasa Tapi Kenapa “Boring”

Diterbitkan Disember 2, 2022 · Dikemas kini Disember 2, 2022 oleh ariff bukhari

HP sememangnya terkenal dengan model-model komputer riba berprestasi dan berkualiti. Untuk pasaran tempatan, HP telah membawa masuk model komputer riba terbaru mereka yang sangat berkuasa menerusi HP ZBook Studio G9.

HP menyasarkan komputer riba ini untuk pengguna profesional yang mahukan sebuah komputer riba yang boleh dijadikan workstation untuk mereka melaksanakan kerja-kerja mereka di mana sahaja mereka beroperasi.

Spesifikasi gempak

Untuk itu, HP menyumbatkan perkakasan terkini ke dalam HP ZBook Studio G9 di mana ia dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel® Core™ i7-12800H Gen 12, memori RAM 32 GB DDR5-4800 MHz (2 x 16 GB), storan ultra pantas NVMe SSD 512GB serta paparan 16 inci WQUXGA (3840 x 2400).

Tetapi apa yang menjadikan HP ZBook Studio G9 betul-betul gempak berkuasa adalah kuasa grafiknya yang hadir daripada NVIDIA RTX™ A3000 (12 GB GDDR6).

NVIDIA RTX™ A3000

NVIDIA RTX™ A3000 adalah versi kad grafik profesional berkuasa yang didekasi untuk workstation mudah alih.

Malah versi yang dimuatkan ke dalam komputer riba HP ZBook Studio G9 ini adalah cip grafik yang telah dipertingkatkan ketika ia mula diperkenalkan di mana versi awalnya ia hanya dilengkapi dengan 6GB sahaja.

Tetapi pada tahun 2022, memori RTX A3000 dipertingkatkan kepada 12 GB.

Daripada carta yang ditunjukkan di atas dapat dilihat bahawa RTX A3000 mempunyai keupayaan kuasa pemprosesan yang bersaing dengan Quadro RTX 5000 dan RTX 6000 yang digunakan dalam workstation komputer meja di mana harga bagi kad grafik itu sahaja boleh mencecah belasan ribu Ringgit.

RTX A3000

Sumber: NVIDIA

Untuk industri profesional dan kreatif

Jadi daripada spesifikasi yang diberikan itu, ternyatalah bahawa HP ZBook Studio G9 adalah sebuah komputer riba berkuasa yang mampu mengendalikan pelbagai tugasan walau sesukar mana sekalipun.

Ia begitu sesuai digunakan oleh mereka yang berada dalam industri kreatif seperti editor video, pereka grafik, animator 2D/3D dan pereka kesan khas visual yang mahukan kuasa pemprosesan dan grafik berkuasa.

Malah sehinggakan ia begitu berkuasa, komputer riba HP ini mampu dijadikan sebagai platfom untuk memproses kerja-kerja yang lebih berat seperti pembangunan kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin (machine learning).

HP ZBook Studio G9 keyboard
Papan kekunci HP ZBook Studio G9 memang menaip dengannya. Tersedia dengan ciri backlit dan keunci yang boleh diprogramkan.

Bang & Olufsen

Sebagai nilai tambah kepada komputer riba ini, HP memadankannya dengan pembesar audio dari Bang & Olufsen yang memberikan audio berkualiti apabila memainkan muzik atau menonton video dengannya.

HP ZBook Studio G9 port
Sambungan fizikal yang tersedia di HP ZBook Studio G9.
HP ZBook Studio G9 port

Data selamat

Sebagai sebuah komputer riba berprestasi dan memfokuskan kerja-kerja serius dalam industri, HP ZBook Studio G9 dilengkapi dengan ciri keselamatannya tersendiri bagi melindungi data-data sulit.

HP melengkapi komputer riba ini dengan ciri HP Sure Start serta imbasan cap jari bagi melindungi data dan identiti penggunanya.

HP ZBook Studio G9

Walaubagaimanapun disebalik perkakasan berkuasa, terdapat beberapa isu yang sedikit sebanyak mengganggu kelancaran dan keseronokkan menggunakan komputer riba ini HP ZBook Studio G9 ini.

Kelemahan

Isu pertama yang dihadapi ketika menguji komputer riba ini adalah  bermula daripada sistem operasinya iaitu Windows 11 Pro versi 22H2.

Apa yang dapat disimpulkan adalah sistem operasi Windows 11 tidak berfungsi lancar seiring dengan perkakasan berkuasanya di mana kerap kali berlaku isu sistem tergantung.

Jadi ini agak menjengkelkan.

Isu kedua pula adalah berkaitan dengan rekaan yang diterapkan HP pada komputer riba yang begitu berkuasa ini.

Tahulah bahawa ia adalah sebuah komputer riba workstation.

Tetapi itu tidak bermakna HP patut mengabaikan rekaannya sehinggakan menjadikan ia begitu membosankan.

HP ZBook Studio G9 kabel
HP ZBook Studio G9 disertakan dengan pengecas kuasa 200W.

Tidak pasti pada pengguna yang lain, tetapi sebagai sebuah komputer riba moden, penulis berpendapat HP haruslah melakukan lebih baik dengan menyajikan pengguna sebuah komputer riba yang bukan sahaja berkuasa tetapi juga dengan rekaan menarik dan ke depan.

Ia sekaligus akan menjadikan penggunanya lebih bersemangat dan seronok bekerja dengan komputer riba ini. Lebih penting lagi adalah pengguna tertarik untuk memiliki komputer riba ini.

Bukan menawarkan komputer riba dengan rekaan yang seakan komputer Apple Macbook Pro di bahagian luar dan dalamnya yang berusia lebih 10 tahun dahulu.

HP ZBook Studio G9
HP kena belajar dengan Apple.
HP ZBook Studio G9
Usaha lagi HP.

Kesimpulan

Secara keseluruhan apa yang dapat disimpulkan pada komputer riba ini adalah HP ZBook Studio G9 adalah komputer riba bangsawan untuk melakukan kerja-kerja serius.

Tetapi tak menjadi masalah juga jika ia dijadikan sebagai komputer riba bagi permainan komputer.

Dengan kuasa pemprosesan utama serta grafiknya yang berkuasa, tiada isu untuk diperkatakan.

Hanya ia dikecewakan oleh sistem operasinya iaitu Windows 11 Pro yang perlu diperbaiki dan ditambah baik prestasinya oleh pihak Microsoft untuk komputer riba ini.

Seiring dengan spesifikasi berkuasa komputer riba tersebut

Cumanya itulah, secara peribadi amat sayang sekali rekaan yang HP terapkan pada komputer riba yang sangat berkuasa mereka ini begitu mengecewakan kerana ia kelihatan betul-betul membosankan.

Ia tidak menggambarkan secara fizikal kekuasaan sebenar komputer riba HP ZBook Studio G9.

HP ZBook Studio G9 berharga RM15,257 dan untuk lihat spesifikasi lanjut, layari laman rasmi HP Malaysia.

Berkaitan

  • (Ulasan) MateBook D 16 - 'Laptop' Sedap Yang Masih Mampu Milik
  • (Ulasan) ASUS Vivobook 15X OLED M1503 - 2 Sebab Utama Ia Berbaloi Dimiliki
  • (Ulasan) ASUS Vivobook 16X - Laptop Skrin Besar 16 Inci Dan Berprestasi Mampu Milik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY