Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lenovo LOQ 2023

(Ulasan) Lenovo LOQ 15IRH8 – ‘Laptop Gaming’ Tak Perlu Pecah Tabung

Diterbitkan September 7, 2023 · Dikemas kini September 8, 2023 oleh ariff bukhari

Pada pertengahan Jun 2023 lalu, Lenovo telah pun melancarkan barisan siri komputer riba terbarunya untuk pasaran tempatan.

Salah satunya adalah siri Lenovo LOQ yang disasarkan untuk pemain baharu yang baru nak berjinak-jinak dengan permainan komputer.

Untuk kali ini, Wiser berpeluang menguji sendiri model Lenovo LOQ 15IRH8.

Spesifikasi

Lenovo LOQ 15IRH8 dilengkapi skrin IPS 15.6 inci anti silau (2560 x 1440) dengan kadar segar semula setinggi 165Hz.

Dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core i7 Gen-13 (13620H) dan dipadankan dengan kuasa grafik dari NVIDIA GeForce RTX 4050, sekaligus menjadikan ia sebuah komputer riba permulaan yang sesuai untuk pemain baharu.

RAM pula boleh dinaik taraf sehingga 16GB DDR5-5200 dan saiz storan sehingga 1TB.

Lenovo LOQ

Yang best tentang Lenovo LOQ 15IRH8 

Selain daripada kuasa pemprosesan terbaru dan berprestasi, apa yang menjadikan Lenovo LOQ ini best adalah skrin anti silaunya dengan kadar segar yang tinggi iaitu 165Hz.

Jadi, apabila bermain permainan komputer dengannya tiada gangguan silau serta visual permainan yang dipaparkan juga berkualiti.

Lenovo LOQ 2023
Perletakan sambungan pelbagai peranti di bahagian belakang menjadikan Lenovo LOQ ini kelihatan kemas.
Lenovo LOQ 2023
Lenovo LOQ 2023

Isu bunyi kipas dari sistem penyejukkannya pula bukanlah satu isu kerana bunyinya tidak begitu kuat. Malah ketika menggunakan untuk aktiviti biasa seperti menaip dan strim video, bunyi dari kipas langsung tidak kedengaran.

Ini bermakna sistem penyejukkannya begitu baik sekali.

Selain itu, mengecas komputer riba ini juga pantas kerana ia dilengkapi dengan pengecas berkuasa 170W yang membolehkan bateri Lenovo LOQ ini dicas penuh sekitar 45 minit sahaja.

Lenovo LOQ

Yang tak best dengan Lenovo LOQ 15IRH8

Sepanjang menggunakan dan menguji komputer riba ini, tiada sebarang isu kritikal yang menyebabkan gangguan pada prestasi Lenovo LOQ.

Tetapi berlaku beberapa insiden kecil menjengkelkan yang sedikit sebanyak menganggu keseronokkan ketika menggunakan komputer riba ini.

Sebagai contoh adalah berlaku gangguan pada sistem operasi Windows yang secara tiba-tiba memaparkan skrin biru dan restart.

Isu ini pastinya berpunca daripada sistem operasi Windows yang tidak stabil. Tapi apabila dikemas kini kepada versi terkini, isu tersebut berjaya diselesikan.

Satu lagi isu adalah trackpad yang tidak lancar dan agak menjengkelkan serta rekaan kedudukan papan kekunci, khususnya kekunci arah.

Lenovo LOQ 2023
Penulis memang tak berkenan kedudukan kekunci arah ni sebab selalu sangat tersalah tekan.

Sebagai sebuah komputer riba permainan berprestasi, bateri Lenovo LOQ ini tidaklah mampu bertahan berjam-jam lamanya.

Malah ketika menggunakannya dalam mod penjimatan bateri, Lenovo LOQ hanya mampu bertahan sekitar 4 jam sahaja. Jadi, jika anda ingin bermain permainan komputer di komputer riba ini, sebaiknya sambungkan sahaja dengan pengecas kuasanya.

Lenovo LOQ
Lenovo LOQ ini bukan sebuah komputer riba yang ringan. Untuk model LOQ 15IRH8 ini, ia seberat 2.4kg.

Kesimpulan

Selepas hampir 2 minggu menguji sendiri Lenovo LOQ 15IRH8, apa yang boleh disimpulkan adalah ia merupakan sebuah komputer riba permainan permulaaan yang sesuai untuk mereka yang mencari sebuah komputer riba berprestasi tetapi masih mampu dimiliki.

Isu-isu yang dihadapi pula adalah minor dan mungkin bukanlah satu isu besar pada sebahagian pengguna.

Siri Lenovo LOQ 15 ini ditawarkan dalam 2 versi iaitu versi Intel (Lenovo LOQ 15IRH8) dan AMD (Lenovo LOQ 15APH8) dengan harga jualannya bermula dari RM3,699.

Berkaitan

  • MSI Modern 14 - 'Laptop' Bajet Dengan 'Spec' Lama Tapi Masih Mantap
  • (Ulasan) Acer Swift Go 14 - Laptop Dikuasa AMD Harga Bawah RM4,000
  • ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE Edition - Bila Pakai, 'Confirm' Orang Tanya "Laptop Apa Ni Bro"

(Beli pelbagai produk Lenovo dari stor rasmi di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY