Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS BAPE

ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE Edition – Bila Pakai, ‘Confirm’ Orang Tanya “Laptop Apa Ni Bro”

Diterbitkan Ogos 18, 2023 · Dikemas kini Ogos 18, 2023 oleh ariff bukhari

ASUS minggu ini baru sahaja mengumumkan dengan rasmi kolaborasi mereka dengan jenama pakaian terkemuka ‘A Bathing Ape’.

Menerusi kolaborasi ini, ASUS mengeluarkan komputer riba edisi terhad yang dikenali sebagai ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE Edition.

Jadi apa yang bestnya dengan model komputer riba edisi terhad ASUS ini?

ASUS BAPE

Dapat macam-macam aksesori edisi terhad

Hanya menerusi pembelian ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE Edition ini, anda akan dapat sejumlah aksesori edisi terhad yang cukup menarik.

Anda akan dapat beg dengan corak khas bertemakan BAPE, pelekat papan kekunci, tetikus dengan 2 pilihan corak yang boleh digantikan, figura ikonik Baby Milo dalam keadaan sedang memegang laptop Vivobook serta corak bertema BAPE yang memenuhi sepenuhnya bahagian atas dan pad sentuh komputer riba ini.

Vivobook S 15 OLED BAPE Edition_Green Camo Bundle with Black Laptop_ black laptops and green camo bundle
Ia didatang dalam 2 pilihan tema warna kotak bercorak iaitu warna hijau bercorak dan warna biru bercorak serta Midnight Black dan Cool Silver bagi kompuert riba yang penuh dengan corak bertemakan BAPE.
Vivobook S 15 OLED BAPE Edition_Blue Camo Bundle with Silver Laptop_ silver laptops and blue camo bundle

Spesifikasi ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE Edition

Dari aspek spesifikasi, ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE Edition dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core i9- 13900H, RAM LPDDR5 16GB, storan SSD M.2 NVMe 1TB, paparan OLED 15.6 inci 2.8K (2880 x 1620) dengan kadar segar semula 120Hz serta kuasa grafik dari Intel Iris Xe Graphics.

ASUS BAPE

Selain itu, ia lengkap dengan pelbagai port termasuklah 1x USB 2.0 Type-A, 1x USB 3.2 Gen 1 Type-A, 1x Thunderbolt (menyokong paparan dan sumber kuasa), 1x HDMI 1.4, 1x bicu audio 3.5mm dan 1x DC-in.

Papan kekunci pula tersedia dengan ciri Backlit, kamera HD penuh 1080p dengan ciri privasi, pembesar audio dari Harman Kardon dan dimuatkan dengan bateri 75WHrs serta didatangkan dengan pengecas 90W.

ASUS BAPE
Kadar kecerahan paparan sehingga 600 nits.

Untuk sistem operasi pula, ia disertakan dengan Windows 11 Home serta sistem antaramuka interaktif BAPE yang menonjolkan rakan-rakan lain Baby Milo apabila tetikus dihalakan pada bahagian tertentu wallpaper BAPE yang tersedia ada dalam komputer tersebut.

Yang best tentang ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE Edition

Apa yang menariknya dengan laptop ASUS edisi Bape ini sudah tentunya corak bertema BAPE yang menjadikan Vivobook ini kelihatan eksklusif tetapi pada masa yang sama kelihatan bergaya.

ASUS BAPE

Sekaligus pastinya akan menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya.

Ditambah pula dengan pelbagai aksesori edisi terhad yang didatangkan dengan laptop ini, ia pastinya akan menjadi buruan khususnya kepada peminat tegar BAPE dan mereka yang mahukan sebuah laptop ‘fancy‘ dan ‘catchy‘.

Tetapi pada masa yang sama juga, dapat sebuah laptop yang cukup berkuasa.

ASUS BAPE

Yang tak best…

Cuma sedikit yang tak bestnya dengan laptop ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE Edition pula adalah saiznya. Bagi sebuah laptop bertema sebegini, ASUS mungkin sepatutnya menawarkannya dalam saiz yang lebih kecil seperti saiz 14 inci.

Pada pendapat penulis, ia mungkin lebih baik kerana saiz dan beratnya lebih mesra pengguna yang mahukan sebuah laptop fancy yang ringan dan nipis.

ASUS BAPE
Sedap menaip dan touchpad Vivobook ini memang lancar.

Lagi satu yang sedikit menjengkelkan Vivobook BAPE edition ini adalah skrin komputer riba ini apabila hendak dibuka, ia perlu menggunakan 2 belah tangan.

Tidak sepertimana laptop moden sekarang yang kebanyakkannya lebih mudah dibuka dengan hanya menggunakan jari sebelah tangan sahaja.

Ciri ini walaupun nampak seakan remeh, tapi ia perlu ada di mana ia kini menjadi salah satu tanda aras penting kepada pengguna sekarang dalam menyatakan sesebuah laptop itu premium ataupun tidak.

ASUS BAPE

Dan satu lagi isu yang penulis rasakan ASUS sepatutnya lakukan adalah penggunaan bahan binaan (material) yang lebih baik.

Sewaktu menekan dengan sedikit kuat pada sekeliling papan kekunci laptop ini, dapat dilihat dan rasa dengan jelas material yang menutupi bahagian papan kekunci sedikit melendut.

Jadi terasa murah di situ walaupun harganya bukanlah begitu.

Berbaloi atau tidak?

Secara keseluruhan sejujurnya, penulis memang sangat berkenan dengan  ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE Edition.

Kolaboarasi bersama A Bathing Ape, ASUS berjaya menghasilkan sebuah laptop yang mengikut cita rasa anak muda sekarang yang mahukan sebuah komputer riba yang menarik dan berbeza.

Malah dikuasakan oleh cip Intel Core i9 serta perkakasan premium yang lain, sekaligus menjadikan ia begitu berkuasa untuk laksanakan pelbagai tugas dalam pelbagai keadaan.

ASUS BAPE
ASUS BAPE

Cuma beberapa isu yang penulis rasakan ia sepatutnya tidak ada pada komputer riba ini, ia sedikit merencatkan tarikan padanya.

Tetapi bagi peminat tegar dan pengumpul jenama BAPE atau mereka yang mahukan kelainan pada sebuah komputer riba, ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE Edition adalah antara model komputer riba yang cukup menarik untuk anda miliki.

Koleksi aksesori edisi terhad yang disertakan bersama adalah nilai tambah sebagai tarikan utama kepada komputer riba ini.

ASUS BAPE
ASUS BAPE
ASUS BAPE
ASUS BAPE

Jadi, kepada anda yang ingin memiliki komputer riba ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE Edition (K5504) ini, ia sudah pun boleh di pratempah dari laman rasmi ASUS Malaysia dengan harga jualannya bermula dari RM6,499.

Jadi, berbaloi atau tidak? Tepuk dada, tanya selera.

Berkaitan

  • (Ulasan) ASUS ZenBook S 13 OLED UX5304 - 'Laptop' Premium 1 cm
  • (Ulasan) Acer Swift Go 14 - Laptop Dikuasa AMD Harga Bawah RM4,000
  • Logitech MX Anywhere 3S - Tetikus 'Flagship' Untuk Produktiviti, Padan Dengan Harga

(Beli pelbagai produk ASUS dari stor rasmi di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY